25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Jumlah saman RM10 juta tak boleh ditentukan Syamsul..” – Peguam sivil

Media sosial kecoh apabila pengarah popular, Syamsul Yusof memaklumkan dia bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta.

Mengulas perkara tersebut, peguam sivil Hafez Zalkapli menerusi laporan BH Online berkata, pengarah berusia 38 tahun itu tidak boleh menentukan jumlah saman kerana ia ditentukan oleh pihak mahkamah.

“Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.
“Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti…
“…saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam,” katanya.

Hafiz berkata, perkara pertama adalah pengarah filem fenomena ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ itu harus membuktikan bahawa dirinya difitnah sehingga boleh menjejaskan reputasi.

“Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.
“Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.
“Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga berkongsi terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.

“Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif…
“…tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat,” kongsinya.

Semalam, Syamsul nekad mengambil tindakan saman terhadap agensi kerajaan itu yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu mendakwa, Jawi telah mengeluarkan satu kenyataan tidak benar dipercayai berhubung kemelut rumah tangganya yang membabitkan kehadiran orang ketiga.

Sumber: BH Online (Fatin Farhana Ariffin) , Instagram Syamsul Yusof

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI