25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Kahwin dengan Ira Kazar? Syamsul Yusof ‘kunci mulut’, balas dengan emoji ketawa

Kisah rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kembali hangat menjadi bualan ramai apabila pengarah filem berusia 38 itu dikhabarkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Sehingga kini, pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh Puteri Sarah dan ibu bapa kepada Syamsul mengenai spekulasi berkenaan, namun bukan empunya badan sendiri.

Terbaharu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof hanya membalas emoji ketawa sahaja apabila ditanya oleh wartawan menerusi WhatsApp mengenai spekulasi perkahwinannya dengan anak pelakon senior Kazar Saisi itu.

SYAMSUL

Bukan setakat itu sahaja, Syamsul turut mengambil pendekatan berdiam diri walaupun ditanya mengenai pembikinan filem terbaharunya, The Original Gangster. Malah, pertanyaan mengenai harapan dan azam tahun 2023 juga tidak dibalas dan terus berdiam diri.

Sementara itu, hasil semakan di Insta Story Syamsul mendapati dia memuat naik video memaparkan seorang lelaki sedang memandu laju sebuah kereta mewah yang mungkin salah satu pemikinan babak filem terbaharunya.

Terdahulu, perkongsian isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana seakan memberi bayangan Syamsul sudah berkahwin dengan Ira. Selain itu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mengeluarkan kapsyen yang mengundang tanda tanya berhubung rumah tangga anaknya bersama Puteri Sarah.

IMG 8404

Bahkan,Datuk Yusof Haslam yang enggan mengulas kontroversi membabitkan anaknya, namun meminta Syamsul yang menjawabnya sendiri.

syamsul yusof haslam 1

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI