31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Kahwin lagi tu fitnah!”- Syamsul Yusof fail saman Jawi RM10 juta

Nama pengarah filem tersohor, Syamsul Yusof makin hangat menjadi bualan ramai apabila dia enggan tampil memberi penjelasan mengenai spekulasi sudah berkahwin dengan anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Terbaharu, pengarah filem berusia 38 tahun itu memberitahi dia akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Memetik Harian Metro, tindakan itu diputuskan oleh Syamsul selepas berbincang dengan peguamnya mengenai perkara itu menerusi kiriman suara berdurasi hampir dua minit di aplikasi WhatsApp.

“Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya,”katanya.

Snapinsta.app 1080 318583489 553446162846438 9122032826915785854 n

Tambah Syamsul, pihak Jawi sudah memberi maklumat tidak benar, sedangkan ia boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya.

“Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu,” katanya lagi.

Menerusi hantaran di laman Instagram milik Syamsul, dia menegaskan dakwaan ‘berkahwin lagi’ adalah fitnah semata-mata.

Difahamkan, rumah tangga Syamsul dengan isteri yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, kini berhadapan dengan kemelut rumah tangga atas dakwaan kehadiran orang ketiga dikenali Ira Kazar.

sarah 21 40 362283

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin), Instagram @syamsulyusoffilm

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI