27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Kalau ada Neelofa mesti best!”- Netizen teruja Fazura & Atisha Khan bertegur sapa

Hubungan antara pelakon Neelofa dan Nur Fazura bukanlah asing lagi di kalangan warganet sehingga timbulnya spekulasi bahawa mereka berdua masih ‘bermasam’ muka antara satu sama lain.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan kemesraan terjalin antara Fazura bersama adik kepada Neelofa iaitu Atisha Khan dalam sebuah majlis MOST Glam 22 di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Menerusi video dimuat naik semula di laman TikTok, Fazura dilihat sempat memuji kecantikan Atisha. Bagaimanapun, Atisha seakan-akan menidakkan kenyataan serta malu apabila menerima pujian daripada pelakon tersebut.

“Yoo, tengok this lady (Atisha), sangat cantik,”ujar Fazura.
“You always pretty,”jawab Atisha.

@skincarebyfazura

#fazura #fyp

♬ original sound – missfazuraihana – missfazuralove

Dalam pada itu, kedua-dua mereka cantik menggayakan busana serba merah jambu sewaktu hadir ke majlis tersebut.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di mana netizen memuji kecantikan Fazura dan Atisha.

Screenshot 2022 11 10 at 10.36.02 AM

Sebaliknya, pertemuan itu membuatkan peminat berharap agar Fazura dan bergambar atau bersapa dengan Neelofa pada masa akan datang. Mereka mengatakan detik pertemuan itu mungkin akan menjadi sejarah seperti bintang antarabangsa, Selena Gomez dan Hailey Bieber.

Selain itu, netizen juga mengatakan Atisha seorang yang sangat peramah dan tidak peduli akan masalah yang berlaku antara kedua-dua belah pihak seperti dakwaan ramai.

Tidak kurang juga mereka mengatakan kedua-dua selebriti itu tidak mempunyai masalah pun. Ia bertambah ‘panas’ apabila netizen yang cuma masuk campur serta jadi batu api antara Fazura dan Neelofa.Screenshot 2022 11 10 at 10.36.24 AMScreenshot 2022 11 10 at 10.36.47 AMScreenshot 2022 11 10 at 10.36.54 AM

Sumber: TikTok @skincarebyfazura

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI