25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Kalau Dapat Memang Lauk!” – Lelaki Conteng Tembok Masjid, Hina Agama

Seorang lelaki seakan-akan sengaja mencetus kemarahan umat Islam dengan tindakan beraninya. Dengan selamba dia menconteng tembok masjid yang dipercayai terletak di Sungai Petani, Kedah.

Bukti video berjaya dirakam dan dimuat naik oleh Penduduk Sungai Petani pada Rabu memaparkan lelaki yang tidak diketahui identitinya menconteng tembok masjid dengan perkataan tidak senonoh menggunakan cat merah.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok dan dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu memaparkan seorang lelaki berbaju kelabu dan berseluar pendek itu terus beredar daripada tempat berkenaan selepas menyedari tindakannya menconteng tembok masjid itu dirakam.

Individu yang merakam kejadian tersebut turut kedengaran memanggil lelaki berkenaan untuk menyuruhnya berhenti namun tidak diendahkan.

Lebih menyakitkan hati, lelaki berkenaan menulis perkataan yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI