25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Kalau Ke Johor, Jangan Lupa Singgah Ke 4 Tempat Menarik Ni Di Gelang Patah, Memang Best!

Kunjungi tempat menarik di Gelang Patah ketika anda berada di negeri Johor. Kalau tak tahu nak pergi mana, cuba anda pergi ke destinasi yang kami dah senaraikan ini sebagai panduan. Manalah tahu kalau-kalau ia akan menjadi tempat favourite anda setiap kali datang ke Johor.

Jom kita tengok.

Tempat menarik di Gelang Patah

Ini adalah beberapa lokasi di Gelang Patah yang patut anda lawati sekali seumur hidup. Jom kita tengok apa yang menarik di sini!

1. Forest City

The ghost town of Forest City | MalaysiaNow

Kalau anda berada di Gelang Patah. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar Forest City untuk merasai suasana bandar yang dikelilingi hutan. Tapi, hutan bukanlah sebarang hutan kerana rimbunan tanaman atau pokok di sini dijaga rapi dan tersusun cantik.

Apa yang menarik di sini adalah anda boleh menginap di hotel, berjalan di tepi pantai, mandi-manda di kolam renang atau Forest City Water Park, bersiar-siar sambil menaiki skuter elektrik, membeli-belah di shopping mall dan banyak lagi aktiviti lain.

Senang cerita, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan dalam tempat yang sama tanpa perlu berjalan jauh. Semua ini anda boleh lakukannya di Forest City, Gelang Patah.

Jangan lupa untuk datang ke sini dan lihat sendiri bagaimana bandar di dalam hutan ini berfungsi.

2. Pulau Merambong

Pulau Merambong - Wikipedia

Untuk pengetahuan anda, Pulau Merambong ini adalah tempat menarik di Gelang Patah yang boleh disebut sebagai hidden gems. Ini kerana masih ramai lagi yang belum tahu tentang kewujudan pulau ini.

Pulau ini terletak di Perairan Selat Tebrau, Johor dan berdekatan dengan Tanjung Pelepas yang berada di sempadan antara Malaysia dengan Singapura. So kalau anda nak datang ke pulau ini, anda boleh menaiki bot dari Pengkalan Tanjung Pelepas.

Di Pulau Merambong, anda boleh melakukan banyak aktiviti atau beriadah bersama keluarga sambil menikmati pemandangannya yang cantik. Antaranya adalah berkelah, mandi-manda, berkayak, memancing dan sebagainya.

Jadi, jom bawa keluarga anda menerokai keindahan di pulau ini.

3. Mee Bandung Udang Galah

Melawat Tempat Menarik di Gelang Patah – Findbulous Travel

Salah satu tempat menarik di Gelang Patah yang anda boleh kunjungi adalah gerai makan Mee Bandung Udang Galah. Gerai ini terletak di Medan Selera Iskandar Malaysia dan dikatakan sangat popular di sekitar sini.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merasai Mi Bandung Johor yang original di gerai ini. Anda pasti akan berpuas hati dengan kuantiti bahan yang disajikan terutamanya udang galah dan rasa mi bandungnya yang memukau deria anda.

Di samping itu, anda juga tak perlu risau andai kata anda tak gemar mi bandung. Sebabnya, dekat medan selera ini ada macam-macam lagi gerai makanan untuk anda cuba.

4. Restoran Terapung Pendas

Floating platform - Foto Pendas Floating Restaurant, Gelang Patah -  Tripadvisor

Anda sukakan makanan laut? Jika ya. Mari datang ke Restoran Terapung Pendas yang terletak di Sungai Pendas, Gelang Patah. Ini adalah destinasi terbaik untuk anda yang mencari tempat makan makanan laut segar.

Dah nama pun restoran terapung kan, so mestilah duduknya di atas permukaan air. Syok betul makan sambil tengok pemandangan air sungai dan berada di atas air.

Di sini, anda akan dihidangkan dengan pelbagai menu makanan laut dan hasil tangkapan yang sangat variasi seperti ikan, sotong, udang dan banyak lagi.

Yang penting, bila anda smpai di sini nanti. Jangan lupa pesan sotong masak salted egg. Gerenti puas hati!

Akhir kata

Diharapkan perkongsian tempat menarik di Gelang Patah ini dapat memberikan idea untuk menentukan hala tuju anda ketika datang ke sini sekaligus memberikan kenangan indah ketika anda datang melancong ke negeri Johor.

Kalau dah datang ke Gelang Patah ini, jangan lupa untuk melawati tempat menarik di Johor yang berada di daerah lain pula seperti Kluang, Pontian dan Muar.

Sumber: blogmalaysia.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI