27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

“Kalau larang beri ceramah, pelawalah saya buat konsert.”-Ustaz Kazim Elias

Pendakwah bebas tersohor, Datuk Mohd Kazim Elias memberitahu dia tidak menolak sebarang kemungkinan larangannya untuknya mengadakan ceramah di Pulau Pinang mempunyai kaitan dengan kejutan awalnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias patuh dengan keputusan serta peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kerana dikatakan tidak memiliki tauliah mengajar.

“Saya telah menyampaikan kuliah dan ceramah di seluruh Pulau Pinang sejak 1995, sudah 27 tahun. Isu tauliah pada masa itu tidak jadi isu, cuma sekarang baharu ditimbulkan.
“Jadi, saya mohon maaf selama saya memberi ceramah di Pulau Pinang dari tahun 1995, dari belum dapat anak sehingga sekarang, ceramah saya tidak bertauliah,”ujarnya.

Ustaz Kazim berkata, dia memohon maaf sekali lagi kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan MAINPP kerana dia tidak memiliki tauliah sehingga membuatkan perbuatannya itu kurang sopan.

Tambah Ustaz Kazim, ketika ini beliau hanya mempunyai tauliah mengajar dari negeri Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja. Malah, tidak mempunyai hasrat untuk memohon tauliah dari negeri lain.

Sekiranya tiada jemputan, beliau akan mengadakan ceramah di pelbagai platform dalam talian seperti Facebook, Youtube dan TikTok seperti kebiasaan yang diadakan sebelum ini.

Screenshot 2022 11 01 at 7.09.55 PM

Dalam masa sama, Ustaz Kazim berharap agar negeri-negeri yang melarangnya datang membuat ceramah, bolehlah memanggilnya membuat konsert tanpa menyentuh isu agama, ayat al-Quran dan hadis.

“Saya telah menubuhkan kumpulan nasyiad dan kumpulan muzik saya sendiri. Kalau negeri-negeri tadi mahu jemput saya tetapi boleh buat ceramah, boleh undang kami untuk konsert.
“Konsert tidak perlu membuat tauliah,”katanya.

kazim elias

Selain itu, Ustaz Kazim juga memberitahu dia sudah terlibat secara aktif  dan mungkin akan menceburi bidang lakonan memandangkan filemnya akan keluar tidak lama lagi.

“Berlakon filem pun tidak perlu tauliah. Saya rasa saya akan tumpu kepada filem dan drama,”katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah di sini hari ini.

WhatsApp Image 2022 05 19 at 4.02.53 PM

Terdahulu, seramai 16 individu termasuk Ustaz Kazim dilarang membuat ceramah di Pulau Pinang memandangkan mereka tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP.

Sumber: Kosmo! (Azlisa Musa)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI