28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Kamal Adli dah semakin stabil, kini dijaga Uqasha Senrose

Selepas melalui detik cemas diserang lelaki di Singapura kelmarin, pelakon, Kamal Adli akhirnya brkongsi perkembangan terkini keadaannya yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala setelah dipukul menggunakan cota.

Menerusi kapsyen yang disertakan Kamal, dia masih lagi dipantau pihak hospital dan ketika ini diuruskan isteri yang setia disisi.

Tak hanya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat keadaannya termasuklah peminat dari Malaysia dan Singapura.

Kamal juga menzahirkan penghargaan kepada isteri tersayang, Uqasha Senrose yang masih lagi mengalami trauma disebabkan kejadian tersebut.

Dengan nada berseloroh, Kamal mengatakan yang memukulnya hanya seorang sahaja warga Singapura dan bukanlah memukul rata semua pihak dalam hal ini.

“Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu sapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya. Yang ketuk saya sorang je bukan satu Singapura. Jangan gaduh-gaduh,” tulisnya.

Difahamkan, suspek yang menyerang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu sudah ditahan dan didakwa pada hari ini di mahkamah.

Sumber: Instagram Kamal Adli


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI