Masih hangat menjadi buah mulut netizen tentang isu ustazah dengan mudah melabel para suami yang mengizinkan isteri mereka bersalin disambut oleh doktor lelaki sebagai lelaki dayus.
Tampil mempertahankan isterinya, iaitu Ustaz Zaidi Tohirin menyatakan pendapat melalui satu sesi live di TikTok sekali lagi menarik perhatian netizen. Beliau kecewa dengan sikap golongan suami yang sanggup mengadaikan maruah isteri kepada doktor lelaki.
@ohbulanofficial Replying to @Sheila Abd Majid Suami ustazah bersuara. #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia #sitiafifah #dayus #bersalin ♬ original sound – Ohbulan
Tegasnya, suami bertanggungjawab menjaga isteri bukannya membiarkan kemaluan dilihat oleh doktor lelaki. Bagi Zaidi, para suami perlu dan mempunyai waktu yang cukup untuk memastikan isteri bersalin di hospital swasta.
Tambah beliau, dari berbelanja dari perkara yang tidak sepatutnya lebih baik mengumpul duit untuk membiayai kos rawatan bersalin di swasta. Jangan hanya tahu mengejar nikmat bersama isteri, tetapi gagal dalam menjaga aurat isteri ketika bersalin.
Sekali lagi kaum adam yang berbuat sedemikian dilabel dayus! Netizen sekali lagi meluahkan pendapat yang menyatakan kenyataan dari pasangan ini memang mengguris hati mereka khusunya yang tidak mampu bersalin di hospital swast.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.