Penampilan artis lelaki Indonesia, Afgan yang membuat konsert di Kuala Lumpur malam tadi sememangnya telah membuatkan peminat setia pelantun lagu Terima Kasih Cinta terbuai dengan mimpi.
Mana tidaknya, Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC telah menghadirkan kejutan buat seorang peminat wanita yang kebetulan berulang tahun.
Menerusi video yang dikongsikan BOOM! dapat dilihat Afgan menghampiri peminat wanita terbabit sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepadanya.
Namun, apa yang membuatkan netizen di ruangan komen portal hiburan tersebut kurang senang adalah tindakan penyanyi itu yang memeluk erat peminat bertudung lebih-lebih lagi aksi berkenaan mendapat sorakan dari satu dewan yang sepertinya cemburu melihat momen ‘sweet’ tersebut.
Kebanyakan mereka meluahkan tidak selesa dengan perkara terbabit kerana merasakan budaya tersebut tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia.
Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlansung pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenary KLCC telah menyaksikan penyanyi berbakat itu menyampaikan 20 buah lagu hits miliknya termasuklah Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa.
Kehadiran penyanyi lagenda, Datuk Sheila Majid yang memberi sokongan kepada Afgan juga mencuri perhatian ramai dan sempat sama-sama mendendangkan lagu popularnya, Ku Mohon.
Datuk Sheila Majid turut hadir ke Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur. Siap belanja satu lagu lagi 🥺 #sembangentertainment #TiktokMalaysia
♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾
Sumber: BOOM! Malaysia (Mimi Hadid), TikTok Astro Awani
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.