25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

KBS Lancarkan Skuad Sukarelawan Pasca Banjir, Sempat Lagi Tu!


Sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersiap siaga untuk diaturgerakkan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Dalam pada itu, di saat bantuan amat diperlukan, Kementerian Belia dan Sukan tampil melancarkan Skuad Sukaralewan Pasca Banjir Kementerian Belia Dan Sukan menerusi sebuah acara rasmi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu.

“Kita menyediakan tenaga sukarelawan belia dikenali sebagai Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Eight For Aid dan Kelab KBS sendiri.

Menerusi sedutan ucapan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal, pelancaran skuad ini bertujuan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. Pihak KBS juga memaklumkan sedia menyediakan fasiliti-fasiliti terdiri daripada kompleks belia dan sukan akan dijadikan pusat pemindahan sementara bagi meringankan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia.

Usaha yang dilakukan pihak KBS ini walau bagaimanapun kurang disenangi oleh para netizen yang berpendapat tidak perlu buat pihak KBS mengadakan majlis rasmi sebaliknya boleh menjalankan misi bantuan yang diperlukan secepat mungkin. Berikut merupakan respon netizen terhadap majlis yang diadakan pada tengah hari ini.

Orang ramai berpeluang mengikuti ucapan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal secara rasmi menerugi laman Instagram @KBS Malaysia. Diharapkan semoga segala bantuan yang diberikan daripada pelbagai pihak termasuk para sukaralewan sekaligus bakal memudahkan mangsa banjir yang terlibat.





Sumber: rileklah.com

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI