28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Kecoh! Satu Patung Berhala Berwarna Biru Berada Di Tengah Padang Pasir!


Kecoh baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat satu patung berhala  berwarna biru di tengah-tengah padang pasir Al Ula, lokasi yang dikatakan terbinanya Kota Neom.

284517700 7488518971221717 8152223497532002840 n

Akibat dari posting tersebut, ramai netizen khususnya muslim melemparkan kata-kata kecaman.

Untuk pengetahuan anda, patung biru yang menggambarkan seorang wanita sedang duduk bertapa di tengah-tengah padang pasir ini sebenarnya adalah sebahagian daripada pameran seni kontemporari Desert X yang diadakan di Lembah Coachella, Al Ula.

web LAlbuquerque Najma Gerber 1

Menurut laporan Emirates Woman, acara ini berlangsung pada Mac tahun 2020 dan disertai oleh artis daripada pelbagai latar belakang.

Patung berwarna biru ini dihasilkan oleh artis dari Amerika yang bernama Lita Albuquerque. Beliau menamakan karya patung berwarna biru ini dengan nama NAJMA yang bermaksud bintang dalam bahasa Arab dengan frasa ‘dia meletakkan seribu matahari di atas lapisan telus angkasa.

284687327 7488519087888372 4140169263365330667 n

Ketika diminta untuk mengulas mengapa beliau memilih warna biru, Lita memberitahu bahawa biru adalah simbol kepada lautan Mediterranean yang luas dan mewakili seni bina bandar Sidi Bou Said tempat di mana dia dibesarkan. Ia juga mewakili hubungan di antara langit dan bumi.

desert x alula saudi arabia female artists DXA Sherin Guigus 2 Lance Gerber

Selain patung warna biru yang dibina oleh Lita, ada juga beberapa pameran arca lain yang dipaparkan di sana pada masa itu. Lain kali, check dulu sumber. Pastikan sahih baru kongsi!

Sumber: The Vocket





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI