Hari ini, tular beberapa buah video di media sosial memaparkan aksi sekumpulan pelajar sekolah menengah yang terletak di Simpang Ampat, Pulau Pinang meraikan hari terakhir persekolahan mereka.
Tindakan mereka itu berjaya menarik perhatian warganet kerana dikatakan agak keterlaluan kerana telah merosakkan harta benda sekolah.
Menerusi video tular tersebut, mereka dilihat sedang merosakkan harta benda di dalam sebuah bilik darjah seperti kipas siling, kerusi, papan kenyataan termasuklah pintu tandas sekolah.
“Mentang-mentang hari ini (kelmarin) last sekolah, terus nak jadi gangster. Kepala fundek!!”tulis pengguna Facebook dikenali Nizwan Aeaznin.
Rata-rata warganet meluahkan rasa berang sebaik sahaja melihat tindakan tidak bermoral yang dilakukan oleh remaja berkenaan terhadap harta benda sekolah.
Mereka tegas menyelar tindakan tersebut dan berharap agar pihak terbabit membayar ganti rugi yang ditelah dibuat kerana ia bakal digunakan oleh pelajar lain.
Mereka juga berharap tindakan tersebut mendapat perhatian daripada pihak Polis Diraja Malaysia kerana ia melibatkan kes vandalisme yang berlaku di sekolah.
Tidak kurang juga ada yang berharap agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyekat Sijil Pelajara Malaysia (SPM) mereka.
Dalam pada itu, ada warganet memaklumkan kes tersebut sudah diselesaikan oleh pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama ahli jawatankuasa (AJK) disiplin.
Sumber: Facebook Nizwan Aeaznin
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.