Umum sedia maklum, pelakon jelita Emma Maembong kini sedang hamil anak kedua seperti mana dimaklumkan menerusi laman Instagram pada Februari lalu.
Meskipun belum sebulan berkongsi khabar gembira, aktres berdarah kacukan Melayu-Scotland itu sudah berkongsi beberapa foto ‘maternity shoot’ di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran itu, Emma turut berkongsi gambar bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar, dalam gambar hitam putih dengan hasil sentuhan magis daripada jurufoto terkenal, Pinography.
Pemilik nama Fatimah Rohani Ismail juga dilihat menawan seperti remaja belasan tahun menerusi hasil solekan dan dandanan, Gebriel Padan, selain selesa menggayakan kot labuh berwarna coklat serta gaun berkait.
Perkongsian itu mendapat pujian warganet apabila mereka melihat hasil ‘maternity shoot’ dengan memuji kecantikan semulajadi dimilikinya.
Apa yang menjadi lebih menarik, jenama terkenal antarabangsa turut memuji pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga meluahkan rasa teruja selain sebulat suara mengatakan Emma kini sedang hamil anak perempuan berdasarkan bentuk perutnya yang kian memboyot.
Sementara itu, ramai juga warganet mengecam penampilan Emma Maembong setelah melihat beberapa foto yang dikongsikan bersama suami.
Mereka berpendapat adalah tidak manis bagi seorang yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah berpakaian sedemikian terutama menunjukkan aurat ‘perut’ yang menonjol kepada umum.
Untuk rekod, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.