26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

“Kemain Abah Ikut Trend Swipe” – 6 Calon PRU15 Ini Lincah Kempen Di TikTok

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal dilaksanakan dalam tempoh dua minggu lagi dianggap masa yang agak kritikal buat calon-calon yang bakal bertanding.

Selain aktif berkempen secara fizikal, ahli-ahli politik juga dilihat aktif menarik sokongan pengundi secara online.

Ini termasuk ada dalam kalangan ahli politik yang memanfaatkan platform TikTok, sebagai antara kaedah mudah bagi mendapat sokongan pengundi muda.

Berikut antara calon bertanding bagi kerusi Parlimen dalam PRU15 yang kini aktif di TikTok:

1) TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Antara yang mengikuti ‘trend’ TikTok adalah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat rancak menari menerusi lagu Swipe, nyanyian penyanyi Singapura, Alyph.

Setiap kali perkataan ‘swipe’ disebut, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang berusia 75 tahun itu akan ‘swipe’ logo parti lawan iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

@abahkitemuhyiddin ingat pesan abah ye..😁 #PNBEST #prihatinbersihstabil #SWIPE ♬ bunyi asal – abahkitemuhyiddin

Video pendek milik penyandang Parlimen Pagoh itu sudah mencatat hampir empat juta tontonan dalam masa sehari.

Ramai netizen dilihat memuji Muhyiddin yang lebih dikenali sebagai ‘Abah’ oleh penyokongnya sebagai comel kerana mengikuti ‘trend’ tersebut.

2) TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tidak ketinggalan adalah pemimpin veteran, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sudah menarik lebih 400,000 pengikut di TikTok.

@chedetofficial #kitabersama What would you do if you Love your country? #Merdeka ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Berbeza dengan Muhyiddin, video Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) kali ini dilihat lebih serius.

Dalam salah satu video terbaharunya, penyandang Parlimen Langkawi itu membincangkan tentang Muhyiddin yang disifatkan sebagai ‘pengkhianat’, selain dianggap tidak menyesal terlibat dalam Gerakan Sheraton – sebuah rampasan kuasa yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH pada 2020.

3) DATUK SERI TENGKU ZAFRUL

Selain itu, calon PRU15 berprofil tinggi yang mempunyai pengikut melebihi 300,000 orang adalah Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Tengku Zafrul juga merupakan pendatang baharu di pentas politik, yang bertanding di Parlimen Kuala Selangor menggunakan tiket BN.

Beliau dilihat bercakap mengenai dasar mereka dalam pilihan raya, selain berkongsi video pendek tentang interaksi mereka bersama penduduk kawasan yang ditandingi.

Pada masa sama, menteri muda itu juga berkongsi video bersama rakan sejawatan mereka di Singapura.

Tengku Zafrul dilihat menyiarkan video beliau bermain gitar bersama Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong.

@tzafrul_aziz Just 2 rockstar wannabes 🇲🇾vs🇸🇬! Rasanya boleh tak teka tak lagu apa? 🤔 #fypmalaysia #rockstars #malaysiasingapore @Lawrence Wong ♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz

4) KHAIRY JAMALUDDIN

Sementara itu, Khairy akan merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15, selepas beberapa penggal menawan Parlimen Rembau.

Sebaliknya, Khairy berkongsi video ketika beliau sedang menjamu selera dan berbasikal bersama Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung.

@khairykj Cycling with @ongyekung in Singapore 🇸🇬 #fyp ♬ original sound – Khairykj

5) SYED SADDIQ

Pada masa sama, calon muda seperti penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sememangnya sinonim dengan kempen media sosial.

Dengan memiliki lebih daripada 800,000 pengikut, ahli politik yang berusia 30 tahun itu menggunakan platform tersebut bagi menyedarkan orang ramai seperti kepentingan mengundi, jurang gaji jantina dan kesihatan mental.

Tetamu tetap dalam video TikToknya adalah penyandang kerusi Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

@syedsaddiq It takes less than a minute (and 30 pushups 😂) to register as a postal voter and to check your voting area! Change is in your hands! #PRU #UNDI #GE15 #MUDA #SyedSaddiq #Saddiq ♬ 原聲 – ABCandE

6) NUR FATHIAH @ CLEO

Bukan itu sahaja, pempengaruh media sosial yang bertukar menjadi ahli politik, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin turut menjadi perhatian.

Nur Fathiah atau lebih dikenali sebagai Cleopatra akan bertanding merebut kerusi Parlimen Batu menerusi pertembungan 10 penjuru.

Meskipun lebih aktif di Instagram, beliau juga dilihat telah mula berkempen di TikTok.

Menerusi video terbaharunya, beliau menyampaikan video ucapan selama dua minit dalam bahasa Mandarin dan menggesa pengundi memberi peluang kepada calon lebih muda untuk memimpin negara.

@nurfathiahsyazwana Saya ada darah cina. Tapi tak pandai cakap bahasa cina. Minta tolong ibu dan adik ajar saya bagi speech bahasa cina, jadi ini lah jadinya. Parlimen Batu, undi, saya pokok anda. 🌳🤲 #RESETBATU #ParlimenBatu #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Cleo. Batu Pangkah Pokok 🌳🤲

Ketika pertarungan pilihan raya semakin panas, jangan terlupa bahawa TikTok baru-baru ini menekankan bahawa sebarang maklumat yang mengelirukan akan diharamkan di platfom tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.

Sumber: Majoriti

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI