26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

[Kemaskini 2022] Tips & Tricks Melawat Ke Pantai Timang dan Borobudur Yogyakarta Indonesia


Highlights kali ni share pasal dua lokasi popular dua wajib pergi di Jogja. Pantai Timang dan juga Borobudur.

Borobudur

16252522 1537920666222752 2913486549913246564 o

Okay first Borobudur, ini kali ke 3 saya ke Borobudur jadi perbezaan sekarang ialah kaunter dah diubah tempat. Kalau dulu kaunter di luar sekarang di dalam. Kalau dulu kaunter lokal dan foreigner sekali sekarang dah asing, foreigner sebelah kiri dan lokal sebelah kanan. Harga tiket of course berganda-ganda lah kalau bukan warganegara Indonesia. Lepas beli tiket, terus masuk ke gate. Sekarang dah pakai QR macam kita masuk movie tu. Dekat situ ada orang scankan.

Kalau ikut ada arahan di situ suruh tunjukkan dokumen pengenalan diri/ic/passport tapi masa lalu tu diorang tak minta pun. Then di dalam dah tak boleh naik ke candi, so boleh ambil gambar dari luar saja. Tak berapa excited la sebab boleh tengok-tengok dari bawah ja.

Pantai Timang

283047241 5726496474031796 5916505857129620339 n

Jalan luar dah ada dibuat yang baru mcm highway. Jadi rasanya soon bila dah siap senang lah nak ke sini. Cuma jalan dalam masih sama, batu2 pantai besar gedabak. Kami tak naik motorsikal/ojek. Kami terus drive sampai ke tempat parking tapi kena bawa slow-slowlah. Masuk sini bayaran 10k idr/pax. Nak menyeberang kena bayar asing pulak.

Ada jambatan and gondola. Dulu saya ke sini tak ada jambatan. Nak naik gondola rasa tak berbaloi dgn harga dia. so masa tu bergambar dari tebing ja. Sekarang dah ada jambatan boleh la pi pulau tu. Spot foto kebanyakannya tutup sebab baru kena taufan mnggu lepas and dorg tak sempat repair lagi. Makanan pun tak banyak plihan sebab macik kedai makan tu kata sekarang musim tak ada org sangat datang so dia tak masak banyak.

283002281 5726496604031783 3821163167695441761 n

So kalau korang plan nak pergi ke Timang Beach ni, make sure korang usha betul-betul lokasi-lokasi lain sebab di bahagian sini ada banyak lokasi menarik utk dilawati contohnya menikmati sunrise di Gunung Api Purba (takyah hiking sebab kereta boleh naik ke atas), Air Terjun Kedung Kandang, Tebing Breksi, Puncak Becici, Ratu Boko, Candi Prambanan, Pantai Kukup, pantai banyak pantai lagi lah semua lokasi ni boleh pergi sekali harung kalau korang pandai set timing.

Tips: google maps adalah sahabat anda. Tapi kalau nak santai-santai spend la 2 hari di area ni. Pilih hotel dekat di kawasan Wonosari/Gunung Kidul sebab agak jauh nak ulang alik kalau korang menginap di kota Jogja.

Tak banyak nak share kali ni sebab fokus enjoy trip. Gambar pun sikit ja baru ambil dari kmera. Nanti ada masa nak share pasal tempat-tempat lain pulak.

282179631 5726496230698487 756225826436169669 n

283020376 5726496347365142 7666807934378330112 n

Btw, sembang-sembang dgn member orang Jogja yg tolong jadi drive sepanjang trip ni. Terkejut bila dia kata ambil lesen motor/kereta di sini cuma RM100+- ja. Dan lagi mengejutkan, tak ada test mcm kita test jpj tu. Dorg just test teori then dah boleh dapat lesen..so faham dah kenapa di sini kebanyakan driver/rider bawa ikut suka hati dorang meanwhile kalau nak beli motor/kereta tak perlu slip gaji..just beli gitu ja bulan-bulan bayar, tak bayar kena tarik. Simple. (Ni dari apa yg kawan cerita lah,kalau salah tolong betulkan)

Perkongsian dari Sazriman Parman





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI