26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Kenal Masa Program Motivasi” – PU Disyaki Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Seorang penceramah bebas yang ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal telah berkenalan dengan kesemua pengadu menerusi program motivasi di sekolah sekitar Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati suspek berusia 40-an itu melakukan perbuatan tersebut ke atas empat mangsa berumur lingkungan 17 hingga 18 tahun.

Mengikut rakan di meja hiburan, suspek adalah penceramah bebas, pengacara & pelakon lelaki (watak beri nasihat). Pernah menang program berkaitan ummah dalam kariernya.

Suspek 40an itu direman 6 hari untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak2 & remaja bawah umur.

— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) September 9, 2022

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat.

Media sebelum ini melaporkan Polis Selangor menerima empat laporan berkaitan kes terbabit, iaitu dua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan IPD Kajang.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI