27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Kenapa Harga Kereta Di Malaysia Terlalu Mahal?


 

AVvXsEjgingozMbwHv4m7n MiyknEFbHW YO2Un7VDDFRYaGpVNMiVeNjHOf1H51S f4 WUVxGiSsUVFNh7hfoB 6iBQC7r6wZjvbX1CcD ZjR2kTyHH8FlRM9fQJsgxSC6V5SaLDj6WCfI9iLsZWDQTF9ggT86h Ms6RY6JuuM eE lKLQ3nYENo PmcXZ1LQ=w640 h360

Baru-baru ini admin ada terbaca satu artikel dari Wapcar yang sangat bagus dalam menerangkan kenapa harga kereta di Malaysia sangat mahal. Izinkan admin bagi satu ringkasan mudah disini;

Kenapa harga kereta di Malaysia terlampau mahal:

1) Pasaran kereta Malaysia terlampau kecil pada 600,000 unit kereta dijual setahun berbanding Indonesia atau Thailand yang lebih 1 juta kenderaan setahun.

2) Nilai ringgit yang lemah, kita perlu berbelanja lebih untuk beli bahan mentah seperti besi dan komponen dari luar negara.

3) Sistem cukai yang direka untuk meningkatkan harga kereta import supaya beri kelebihan harga kepada Proton dan Perodua. Selain cukai import, kerajaan juga mengenakan duti eksais yang bermula dari 75 hingga 105 peratus harga kereta.

AVvXsEiTSc1ezuF0AaF1dNoNLLUCkpwbhsqRozPRTFXqzJZULj C8PTxVnK7G0acWHM9lmMDrPC5b9pCIWiOd50rDwvnVRYA60Pe9ehVb3ZAiahOGcMCtOy05wV7C7jtTxzhRXXPCNrROdFA5tartzoJyc7oWUxv52eOPRabQpEbFj vKlKfFDWJk4AuWFMHOg=w640 h424

4) Sistem cukai juga direka untuk memaksa syarikat kereta import untuk buka kilang pemasangan CKD di Malaysia untuk mencipta peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Economy of scale kan cakap, kilang besar yang keluarkan banyak produk tu kos lebih rendah kerana output tinggi. Tapi market kita kecil, bayar mahal untuk bina kilang dengan output yang sedikit. Akhirnya kita sebagai pengguna yang kena bayar kos ini dengan harga kereta yang tinggi.

Setiap tahun, kerajaan kutip lebih RM10 billion dari penjualan kereta baru. Ekonomi negara Malaysia memang terlampau bergantung kepada hasil minyak dan penjualan kereta. Sampai sekarang ekonomi negara kita masih lagi tak mampu menghasilkan industri lain yang menghasilkan banyak pendapatan untuk negara. Syarikat software Grab pun walaupun bermula di Malaysia, cabut lari ke Singapura.

AVvXsEgltDMf5qDQ0rusf3eGjE1pHBMnXcuLkm xjM56ErxGvrVt XE6qsunjvxeRKX2uMRgAbiIBhTLafn2kL EMaoPUsvVQu9XOXFJYRXweA337pSUiHfRNj9rcX01cE5pn1iPMw2rNIutgAPOAWeZElR9RKl3UqO1DO2ETnWyLx mYTQ0n5JQdKJOGYsSFQ=w640 h429

Hans juga sebut dalam artikel tu kalau ada ahli politik yang menjanjikan nak turunkan harga kereta, itu hanya janji kosong nak dapatkan undi, selagi mereka tak dapat fikirkan cara nak menjana sekurang-kurangnya RM6 billion nak timbus balik kalau hilang pendapatan dari duti eksais kereta.

Kerana pergantungan kepada pendapatan minyak dan penjualan kereta inilah admin rasa jadi punca pengangkutan awam tidak diberikan penekanan. Asyik cakap takde duit… Takde duit… Yelah, nanti hilang lah punca pendapatan besar iaitu cukai kereta yang melampau tu. Sebab ini juga lah kerajaan sanggup berbelanja banyak untuk subsidikan petrol di zaman global warming ni. Supaya anda terus menerus beli kereta dan menjana pendapatan kerajaan. Sampai sekarang kerajaan masih tak dapat cari punca pendapatan lain.

Jadi, kenapa rakyat Malaysia hidup susah? Kereta kereta.

Bilakah negara kita nak jadi macam Singapura? Boleh naik pengangkutan awam kemana-mana, golongan M40 boleh hidup bebas hutang?



Sumber: www.watpetu.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI