31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

“Kenapa lelaki macam ni wujud?” -Suami Fatin Afeefa ‘sound’ Adam Shahz?

Kontroversi melibatkan pelakon, Fatin Afeefa dan bekas suaminya, Adam Shahz nampaknya masih berlarutan apabila Adam mendakwa yang dirinya sudah 4 bulan tidak bertemu anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum ini, Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan hal lawatan yang difailkan oleh Adam.

Masalah tersebut masih lagi berlanjutan dan pihak mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes bagi kemas kini tuntutan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, suami kepada Fatin Afeefa seolah-olah ikut campur dalam kemelut yang melanda apabila meninggalkan komen di ruangan Instagram Melodi yang ketika itu membuat liputan berhubung kes tersebut.

IMG 0281

Menerusi video yang dikongsikan semula xtra mengambil dari kenyataan yang dibuat oleh Aliff Awang, dia sepertinya tidak faham dengan Adam Shahz sewaktu di mahkamah.

Ujarnya, pelakon itu dilihat berada hanya seketika sahaja di dalam mahkamah sebelum ‘hilang’ sewaktu kes hak penjagaan anaknya.

@beritahairanmy

Ayam oh ayam! Opai pelik dengan Adam Shahz…. #fatinafeefa #opai #adamshahz

♬ original sound – Berita Hairan – Berita Hairan

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Here Sophia, 7. Bagaimanapun, mereka telah bercerai selepas empat tahun membina mahligai.

Manakala, sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Pelakon itu telah kembali bergelar isteri apabila bernikah dengan seorang jutawan dikenali sebagai Aliff Awang pada 31 Disember 2022.

Sumber: Instagram Melodi, TikTok xtra via beritahairanmy


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI