23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Kerabu Telur Masin Penyedap Makanan, Mudah & Sedap Hanya 10 Minit Buat Dah Siap

Jika makan nasi, pasti akan ada hidangan yang menjadi penambah selera masa makan, kan? Biasanya, hidangan seperti ulam, kerabu dan jeruk pasti menjadi pilihan.

Jadi untuk kali ini, kami ingin kongsikan satu resepi yang memang mudah dan cepat! Jika dah buntu nak masak hidangan penyedap makanan, haaa perkongsian ini memang untuk korang.

Boleh cuba menu kerabu telur masin ni. Simple je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas-panas! Memang sedap! Kalau nak makan dengan bubur pun memang sesuai. Perkongsian ini dikongsi oleh Mazliza Ahmad. Jom kita sama-sama rujuk!

Kerabu Telur Masin Penyedap Makanan, Mudah & Sedap Hanya 10 Minit Buat Dah SiapBahan-Bahan:4 biji telur masin – rebus1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis8 biji cili padi – hiris5 sudu makan cuka2 sudu makan gulaCara Penyediaan:Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.Seterusnya, masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.Sedia untuk dinikmati.

Amat mudah kan nak buat kerabu telur masin ni? Rasa telur masin ni tak akan masin sangat bila dicampur begini. Ia akan lebih rasa masam dengan sebati masinnya. Memang sedap dan tak rugi kalau cuba!

Semoga perkongsian resepi kerabu telur masin ni membantu korang yang buntu untuk masak kerabu apa yang sesuai dimakan bersama nasi dan bubur. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati kepada semua pembaca!

Sumber: Mazliza Ahmad 

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Kicap Paling Simple Ajaran Arwah Ibu, Rindu Rasa Masakan Macam Ni!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI