31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Kes terbalikkan kereta Myvi: Tujuh lelaki mengaku salah lakukan khianat

Tujuh lelaki mengaku bersalah kerana telah melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta serta menterbalikkan sebuah Perodua Myvi berwarna biru milik Tan Jing Hui, 21, pada Khamis lalu di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, kira-kira 9.40 malam.

Difahamkan, semua tertuduh telah menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM15,000.

Susulan itu, mereka telah didakwa mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie, sekiranya mahkamah memberi budi bicara, mereka akan diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Screenshot 2022 11 04 at 10.40.02 AM

Namun begitu, disebabkan pendapatan semua tertuduh antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan, mahkamah memberi kelonggaran dengan ikat jamin sebanyak RM7,000 setiap tertuduh dengan syarat tidak menganggu saksi dan mangsa.

Bukan itu sahaja, semua tertuduh perlu lapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai dan sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman pada 18 Disember depan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah kereta Myvi telah ‘dihentam’ oleh orang awam yang dipercayai berpunca merempuh seorang penghantar makanan yang telah melanggar lampu isyarat.

Screenshot 2022 11 04 at 10.38.47 AM

Sumber: Berita Harian (Izz Laily Hussein)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI