23.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Kesian dia asyik terjatuh!” – Viral Budak Sekolah Galas Beg Yang Berat, Ternyata Ia Bukan Berisi Buku Namun Sebaliknya

Sejak beberapa hari yang lalu, viral sebuah video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak sekolah yang membawa beg yang terlalu berat. Sehingga menyebabkan kanak berkenaan beberapa kali terjatuh sewaktu ingin menggalas beg yang dibawa.

Membawa beg yang berat ke sekolah ini sudah lama menjadi isu dalam kalangan orang ramai. Memandangkan ramai kanak-kanak sekolah yang terpaksa membawa beg sekolah yang berat, bahkan berat beg tersebut melebihi berat badan sendiri.

galas beg berat 1

Berbalik kepada kisah yang viral tadi, melihat video berkenaan yang memaparkan kegigihan kanak-kanak yang beberapa kali gagal menggalas beg menyebabkan orang ramai sebak. Mana tidaknya, berkali-kali gagal menggalas beg dan akhirnya membuat keputusan untuk mengheret sahaja beg berkenaan. Namun akhirnya dia berjaya menggalas beg tersebut setelah dibantu oleh seorang lelaki.

kanak sekolah

Kejadian yang berlaku di negara seberang iaitu Thailand ini dikongsikan oleh Nurul Kerani. Video ini telah menimbulkan persoalan dan rasa simpati dalam kalangan ibu bapa serta orang ramai. Malah dalam masa yang sama, ada juga para ibu bapa yang sempat berkongsi mengenai anak mereka yang turut membawa beg yang berat ke sekolah.

@nurulkeraniSaya berharap ibu bapa dan guru dapat membantu mengurangkan berat beg sekolah pelajar sekolah rendah. terima kasih♬ 原聲 – nurulkeraniBukan berat dengan buku namun susu

Ekoran kejadian yang tular itu, Nation Thailand telah melaporkan bahawa beg yang dibawa oleh kanak-kanak berkenaan bukan sekadar diisi dengan buku. Sebaliknya ia turut diisi dengan 36 kotak susu kecil. Disebabkan itulah beg berkenaan menjadi begitu berat.

galas beg berat

Hal tersebut dijelaskan oleh seorang guru di sekolahnya yang terletak di Tambon Lagnu, Satun, Thailand. Menurut guru berkenaan, pelajar sekolah yang berumur 7 tahun itu merupakan seorang pelajar yang rajin dan sangat bertanggungjawab. Dia enggan menyusahkan ibu bapanya untuk mengangkat beg tersebut.

Turut difahamkan, setiap hari Selasa sekolah berkenaan mempunyai kelas sehingga tengahari. Manakala pada hari tersebut, para pelajar akan dibawa pulang oleh orang tua atau penjaga masing-masing memandangkan pihak sekolah akan memberi satu karton kotak susu.

susu UHTGambar sekadar hiasan

Mungkin kerana terlalu teruja, pelajar ini telah memasukkan ke semua susu berkenaan ke dalam begnya lalu membawa pulang tanpa menunggu ibu bapanya terlebih dahulu. Menurut si ibu pula, Suchada menjelaskan beg anaknya itu bukanlah berat kerana diisi dengan susu.

Jelasnya lagi, pada hari tersebut anaknya hanya membawa empat buah buku sahaja dan pulang terlebih dahulu tanpa menunggu ibunya tiba. Walaubagaimanapun, Suchada telah mengejar anaknya dan menemuinya di tepi jalan.

Kredit: TikTok nurulkerani & Nation Thailand

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI