27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

“Kesiannya oyen tu…” – Salute! Lelaki Ini Terpaksa Gunakan Teknik Kreatif Untuk Keluarkan Oyen Dari Dalam Telaga.

Tentu sahaja gelagat kucing antara yang sentiasa menjadi perhatian buat warganet malah dengan adanya pelbagai platform yang boleh membuatkan pengguna dapat berkongsikan gelagat si comel-comel itu, ramai yang dapat mengembirakan diri.

Namun selain daripada comel, kucing juga haiwan yang nakal dan ada sahaja tingkah laku mereka yang boleh memeningkan kepala. Sama seperti rakaman yang tular di media s0sial ini tentang gelagat seekor kucing yang terjun ke dalam telaga dalam membuat sekumpulan remaja berasa cem4s.

kucing telaga 1

Video yang dikongsikan itu juga tular dan menerima hampir tiga juta tontonan setakat ini. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang terjun ke dalam telaga di sebuah perkampungan.

Gelagat kucing itu diperhatikan oleh sekumpulan remaja yang ingin menyelamatkan si bulus itu dengan baldi yang ada pada telaga tersebut. Pada awalnya kucing tersebut cuba untuk keluar dengan sendiri namun gagal kerana tergelincir dan jatuh semula ke dalam telaga sehingga menyebabkan satu badan basah.

Remaja tersebut cuba menghulurkan baldi menggunakan tali dengan mengharapkan kucing tersebut masuk ke dalam baldi itu. Namun apa yang terjadi kucing itu membuat percubaan kali kedua untuk keluar dan lompatan itu berjaya keluar dari telaga tersebut.

Video :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan remaja tersebut untuk menyelamatkan kucing itu walaupun gagal. Tentu sahaja warganet turut tercuit hati dengan kepandaian kucing tersebut yang boleh pula melompat keluar dari telaga dengan sendiri.

kucing hidup 1 1

Sumber: www.imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI