26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

“Ketika bijak itu diinjak, bicaralah” -Status ibu Shila Amzah cetus tanda tanya

Kapsyen yang ditinggalkan oleh isteri kepada pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala, Fauziah Sarman mengundang tanda tanya apabila mengatakan yang akan memilih untuk berdiam diri andai ia adalah satu perkara yang bijak untuk dilakukan.

“Jika sekiranya DIAM itu bijak LAKUKANLAH…”
“Tapi ketika BIJAK itu diinjak, BICARALAH” tulisnya.

Perkongsian ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu menjadi perhatian ramai selepas nama suaminya ‘dipetik’ netizen berkenaan isu poligami.

Hal ini susulan dakwaan terdapat seorang artis yang terkenal sekitar tahun 80-an telah bernikah lagi. Beberapa kriteria yang dinyatakan seakan merujuk kepada ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah bin Salleh.

Snapinsta.app 1080 331890976 220789460512583 3639760830925243047 n

Walau bagaimanapun, isu tersebut tidak dijelaskan oleh mereka dan Fauziah turut berkongsi gambar bersama bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-35.

Screenshot 2023 03 01 at 8.29.39 PM

Meninjau ruangan komen posting yang dibuat, ramai yang mendoakan afar Fauziah dalam keadaan baik-baik sahaja dan berharap agar dia kuat dalam mengharungi apa juga dugaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penyanyi dan pelakon era 80-an dikatakan telah bernikah satu lagi secara rahsia.

Difahamkan, isteri mudanya itu mempunyai jarak usia yang cukup jauh dan penduduk sekeliling kerap melihat penyanyi itu berada di kediaman isteri barunya.

Sumber: Instagram Fauziah Sarman


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI