26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Khabar angin Ira Kazar hamil, Puteri Sarah tak nak ambil kisah!

Pelakon jelita, Puteri Sarah enggan untuk memberikan sebarang komen mengenai khabar angin bahawa madunya, Ira Kazar yang dikatakan sedang berbadan dua.

Menurut laporan Kosmo, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut secara terperinci kerana dia sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan khabar angin tersebut.

“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah.  Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dia mengetahui perkara tersebut sebelum mengerjakan umrah bersama anak-anaknya, baru-baru ini.

328854163 224499703346862 7967274101979967450 n

“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut.  Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam. 
“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik. Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” ujarnya lagi.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof dengan alasan tidak dapat hidup bersama lagi kerana tiada persefahaman antara mereka.

Screenshot 2023 01 12 at 4.31.08 PM

Sekadar info, Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Namun begitu, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah berkahwin isteri kedua yang bernama Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon veteren, Kazar Saisi di Thailand.

Sumber: Kosmo Online (Mohd. Haikal Isa)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI