25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Khemah bergoncang disyaki berprojek, pasangan ‘bergusti’ bikin ramai panas hati

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihentikan, orang ramai sudah mula menjalani kehidupan seperti biasa dan telah memulakan aktiviti luar antaranya berbasikal, mendaki gunung, berkhemah dan banyak lagi.

Namun baru-baru ini telah tul4r di laman media apabila sepasang kekasih lelaki dan perempuan didakwa melakukan hubungan s3ks dalam sebuah khemah di sebuah pusat peranginan.

Menerima maklum balas daripada pihak pelancongan Gunung Salak Endah (GSE), pengurusan itu difahamkan akan memperketatkan pengawasan terhadap pelancong susulan kejadian terbabit.

Insiden itu yang dirakamkan menerusi perkongsian di laman Inst4gram, hangat diperkatakan netizen.

buat projek 1

Berdasarkan video tersebut, kedua pasangan kekasih berkenaan didakwa melakukan hubungan intim susulan satu pergerakan mencurigakan terlihat menerusi pantulan cahaya khemah terbabit.

Namun, hubungan mereka masih belum dipastikan sama ada pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Pengurus pusat pelancongan (GSE), Darul Dinar berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan ketat terhadap sijil nikah pengunjung terutamanya di lokasi sunyi selepas daripada kejadian itu.

Video :

“Kemungkinan besar kami akan menjalankan pengawasan dan pemeriksaan terhadap status perkahwinan, namun sekiranya pengunjung terlampau ramai, maka ia tidak perlu dilakukan,” katanya.

Darul Dinar juga akan memberikan teguran kepada pemilik Curug Pangeran kerana lalai menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kejadian itu.

“Teguran dan amaran akan diberikan kepada pemilik pusat rekreasi terbabit agar memperketatkan lagi kawalan keselamatan di situ,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut meninggalkan kec4man berhubung kejadian itu.

“Makin dahsyat pergaulan anak muda zaman sekarang, kalau mereka sudah bernikah tidak mengapa, tetapi sekiranya belum ia sudah menjadi satu perkara maksiat,” kata akmaldzulhamuhammad.

“Kalau betul sekalipun mereka sudah berkahwin, sebaiknya cari la tempat yang lebih bersesuaian dan tertutup untuk melakukan perkara itu, kalau tertangkap bukankah ia boleh menimbulkan fitnah,” jelas thelvrscslandatmtve.

“Meskipun gadis itu berhijab, ia langsung tidak mencerminkan peribadi yang baik sekiranya benar dia melakukan persetubuhan dalam khemah terbabit,” tambah dyasrasidi.

“Orang pergi berkelah untuk berehat dan beriadah, mereka pula ‘bergusti’ dan berseronok di dalam khemah macam pasangan berkahwin,” ujar jossbeck8.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI