23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Kini Melancong Ke Perak Lebih Mudah Dengan Aplikasi ‘Perak Pass Plus’


Selain terkenal dengan beberapa daerah pelancongan domestik seperti Ipoh, Taiping, Lenggong dan Kuala Kangsar — Perak antara negeri pilihan untuk percutian ‘weekend getaway’ atau cuti hujung minggu.

1573888483 shutterstock 1055928206.jpg

Kini segala perancangan percutian anda ke Perak akan lebih mudah dan lancar dengan adanya “Perak Pass Plus” (PPP) iaitu sebuah aplikasi pendigitalan melalui Tourism Perak untuk mempromosikan produk pelancongan di negeri tersebut.

Aplikasi PPP ini boleh dimuat turun bermula Rabu (1 Jun) menerusi Apple App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery.

best things to do ipoh malaysia

“Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan maklumat dan baucar bersama pemain industri yang akan memberikan impak tambahan kepada pengunjung domestik dan antarabangsa bermula tahun depan,” kata Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

place 1597794771180

Melalui aplikasi PPP itu — kesemua aktiviti berkaitan promosi boleh dilakukan secara digital, lebih mudah dan pantas yang berfungsi sebagai ‘booking engine’ seperti Booking.com, Agoda dan Lazada, namun lebih memberi fokus kepada produk pelancongan negeri.

Ia juga menawarkan perkhidmatan untuk tempahan hotel, pengangkutan awam, baucar makanan dan sebagainya.

Teluk intan clock tower

Diharap buah tangan terbaru itu dapat terus menarik kehadiran pelancong domestik ke negeri ini, sementara menunggu kelonggaran kehadiran pelancong antarabangsa pada tahun depan.

ccimage shutterstock 1315796276

Sumber: Bernama

 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI