Awal tahun depan 2022 — Bandar Raya Ipoh bakal menawarkan satu lagi tarikan pelancongan baharu kepada pengunjung iaitu ‘Kinta Riverwalk’.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi [email protected] Daud berkata pra-pembukaan lokasi berkenaan akan berlangsung mulai 31 Disember ini, bersempena dengan Sambutan Tahun Baru 2022.
Katanya, kerja-kerja menaiktaraf Kinta Riverwalk telah berjalan daripada 2 September tahun lalu sehingga 1 November tahun ini dengan kos RM3 juta.
Antara keunikan yang terdapat di sini adalah :-
– 3 buah jambatan ikonik yang mana dua daripadanya berkonsepkan ‘Glow In The Dark’.
– Ikon perniagaan yang berkonsepkan ‘Hipster’, Warisan dan Kesihatan atau 3H.
Sementara itu, katanya terdapat lapan daripada 16 premis perniagaan dijangka akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam sempena Tahun Baru 2022.
Antaranya — MIKER, Restoran Mat Periuk, Restoran Kitchen Arang Batu, Hadramout, Ipoh Barber & Comber dan Skill of Art.
Selain menikmati juadah makanan, pengunjung juga berpeluang untuk beriadah dan mendapatkan koleksi kraftangan berkonsepkan kayu gaharu pada masa akan datang.
Sumber: Suara Perak
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.