23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Kisah Sedih Seorang Pekerja Zoo Mati Ditanduk Antelop Terbesar Di Dunia, Tak Sangka Boleh Jadi Ganas!

IMG 20220902 004618

Gambar hiasan. – Foto Zoopraha.

Seorang pekerja taman hiburan di Sweden terbunuh akibat diserang seekor antelop terbesar di dunia ketika membawanya ke kandang, lapor akhbar Daily Star pada 30 Ogos 2022.

Pekerja itu ditanduk selepas waktu penutupan di Oland Animal and Entertainment Park hujung minggu lalu. Rakan sekerjanya, Richard Berglund berkata, dia sedang membantu mangsa sebelum antelop itu tiba-tiba bertindak ganas.

Menurut Richard, mereka membawa haiwan itu ke dalam kandang apabila rakannya diserang dan ditanduk.

“Saya menyaksikan kejadian yang melibatkan seekor eland ketika membantu mangsa membawa haiwan itu ke dalam kandang selepas taman itu ditutup,” kata Berglund memberitahu pemberita.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kejadian itu disiasat sebagai ‘kes kemalangan di tempat kerja’ mengikut prosedur operasi standard.

Pemilik taman haiwan yang terletak di pulau Oland di barat daya, mengesahkan pekerja itu disahkan meninggal dunia pada Ahad (28 Ogos 2022).

Tidak diketahui dengan tepat apa yang berlaku di dalam kandang itu. Identiti dan kerakyatan mangsa masih belum didedahkan buat masa ini, lapor akhbar The Sun.

Terdapat dua spesies eland, kedua-duanya berasal dari Afrika Selatan, dengan varieti gergasi disenaraikan sebagai spesies antelop terbesar di dunia.

Tidak jelas sama ada haiwan yang membunuh lelaki itu di taman di Sweden adalah eland gergasi, atau spesies eland biasa yang lebih kecil, yang masih boleh mencapai ketinggian hampir 6 kaki di bahu dan berat lebih 2,000 paun.

Menurut laman web taman itu, kemudahan itu kini ditutup untuk musim ini. – Sumber Daily Star.

IMG 20220902 004654Mangsa ditanduk antelop selepas taman itu ditutup. – Foto Getty/iStockphoto.

Sumber: www.infomalaysiatrending.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI