Tak tahu nak buat apa hujung minggu ni? Jom bawa keluarga, buah hati dn kawan-kawan ke Festival Taman Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Tasik Titiwangsa!
Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti menarik menanti anda! Tema pada tahun ini adalah “Laman Seni dan Flora Malaysia” akan mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan rasmi bandar-bandar di Malaysia; dipersembahkan dalam bentuk laman berunsurkan seni.
@muhdazmeer91 Jumpa kat sana oke 4 Mac – 12 mac pukul 9 pagi – 10 mlam banyak aktiviti yg menarik dan hadiah yg lumayan #klparkfestival2023 #tamantitiwangsa #wonderfulworld #fypシ #flower #kl #fyp ♬ What a Wonderful World – Louis Armstrong
Selain itu terdapat 9 Komponen Pertunjukan:
Pertandingan Balkoni KL
Laman Seni & Flora Malaysia
Pertandingan Arca Alam
Keajaiban Titiwangsa
Laman Kediaman
E-Market Place
Hab Pelajar
Sudut Santai & Lepak
Aktiviti Kembara & Lasak
Masuk adalah percuma tau! KL Park Festival bakal berlangsung bermula dari 4 Mac sehingga 12 Mac. Waktu operasi pula bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.