31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Kontroversi Filem Mentega Terbang – JAKIM Sahkan Ia Bertentangan Akidah Umat Islam Di Malaysia!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan bertindak segera dengan meneliti keseluruhan kandungan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, hasil penelitian Jakim mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

“Saya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada masyarakat awam yang menyatakan kegusaran berhubung penayangan filem ini. Saya amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu filem tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Mentega Terbang mula ditayangkan melalui platform penstriman berbayar Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.

Malah ada babak yang menunjukkan ayah Aishah berfahaman liberal tidak menyekat anaknya itu murtad selepas mengkaji pelbagai kitab agama lain konon mencari jawapan.

Cereka berdurasi satu jam 44 minit itu tidak tertakluk Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana hanya ditayangkan melalui wadah atas talian dan bukan pawagam atau televisyen.

Kontroversi Filem Mentega Terbang JAKIM Sahkan Ia Bertentangan Akidah

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, Jakim turut diarah mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan boleh dikenakan.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta untuk memanggil pihak yang terbabit dalam isu penerbitan filem itu untuk pengurusan selanjutnya,” jelasnya lagi.

Pihaknya tegas beliau, sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian Islam dan jelik mengundang kontroversi kerana dibimbangi mengancam keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup berbeza.

1677729907 308 Kontroversi Filem Mentega Terbang JAKIM Sahkan Ia Bertentangan Akidah

Rakyat juga kata beliau, dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih program untuk tontonan seisi keluarga agar tidak terdedah kepada unsur menjejaskan akidah Islamiah.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua penggiat seni kreatif tempatan tidak sengaja menyalahgunakan kebebasan berkarya secara keterlaluan mengikut acuan luar.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua penggiat seni supaya berwaspada dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat,” jelas Mohd. Na’im.

Kontroversi Filem Mentega Terbang JAKIM Sahkan Ia Bertentangan Akidah

Sumber: UTUSAN

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI