24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Kota Bharu Miliki ‘Terminal Bas Sementara’ Paling Lama Di Malaysia, 12 Tahun! Daif & Ketinggalan Zaman!


12 tahun bergelar ‘Terminal Bas Sementara’ di Malaysia!

Itu nasib yang dialami oleh penduduk Kota Bharu, Kelantan apabila terminal bas utama mereka iaitu Terminal  Bas Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh masih berada dalam keadaan daif dan menyedihkan meskipun kini sudah berada di tahun 2022!

Kota Bahru Bus Terminal 1

175981 284037118373057 1333119995 o

Menerusi laporan berita Berita Harian — suasana persekitaran terminal bas berkenaan dilihat tidak selesa dan kekurangan pelbagai kemudahan sehingga dianggap antara lokasi pengangkutan awam yang ketinggalan zaman.

Tinjauan ke terminal bas itu mendapati ia ‘rancak’ beroperasi dengan menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar Kelantan — namun keadaan fasiliti terbabit dilihat seolah-olah tiada sebarang kemajuan.

Malah, terminal bas itu masih terbuka tanpa dilengkapi pendingin hawa, selain tiada kemudahan seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau tempat menunggu yang sesuai untuk menampung pengunjung.

photo 2022 05 31 14 27 19

photo 2022 05 31 14 27 16

Pemandu teksi, Mohd Asri Abd Manaf, 52, berkata keadaan bertambah rumit apabila hujan kerana penumpang terpaksa meredah hujan dari tempat parkir kereta ke bas, berikutan tiada laluan berbumbung.

“Selain itu, tempat parkir bas dilihat tidak sesuai dan agak sempit untuk operasi pengangkutan awam yang menjadi tumpuan. Lazimnya, waktu pagi dan malam adalah kemuncak kehadiran ramai penumpang.

“Tandas juga mengalami masalah seperti terputus bekalan air apabila pengunjung terlalu ramai, selain surau agak sempit untuk menampung jemaah yang ramai,” katanya. 

photo 2022 05 31 14 27 16

Wan Yaacob Wan Jusoh, 72, yang berpengalaman sebagai pemandu bas ekspres lebih 40 tahun, mengaku Terminal Bas Lembah Sireh sudah agak daif.

“Pada pendapat saya, ia harus dibangunkan dengan lebih baik supaya dilihat moden dan selesa, memandangkan terminal bas menjadi lokasi pertama ketibaan mereka yang menaiki pengangkutan awam itu ke negeri ini.

Kerajaan negeri diharap lebih peka dan mengambil tindakan segera untuk memajukan terminal bas utama ini supaya tidak timbul isu yang bukan sahaja boleh menjejaskan industri pelancongan, tetapi juga imej Kelantan.

“Justeru, sudah tiba masanya, terminal bas yang dilengkapi pendingin hawa dan pelbagai kemudahan dibina di Kota Bharu untuk keselesaan semua pihak,” katanya yang kini menjadi pemandu teksi.

Wan Yaacob berkata, difahamkan kerajaan negeri sebelum ini didakwa berjanji ia hanya terminal sementara, namun ia masih beroperasi selepas lebih 12 tahun dan belum ada terminal baharu.

photo 2022 05 31 14 27 15

photo 2022 05 31 14 27 13

Cerita mengenai kedaifan terminal bas tersebut juga mengundang kekecewaan penduduk Kota Bharu sendiri sehingga mengabadikannya di dalam video TikTok dan dikongsikan di laman media sosial.





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI