26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

KPT tandatangani MoC penubuhan cawangan Universiti Tsubaka dengan Kementerian Luar Jepun

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Kerajaan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) dan Kementerian Luar Negeri Jepun berhubung penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia pada 14 Mac 2023.

Untuk yang belum tahu, Universiti Tsukuba merupakan antara 10 universiti terbaik di Jepun. Universiti berkenaan telah ditubuhkan pada tahun 1872 dan merupakan salah satu daripada 86 buah universiti awam di sana.

Difahamkan, cadangan penubuhan sebuah kampus cawangan institusi pendidikan  tinggi Jepun di Malaysia telah diutarakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2018 lagi.

Kerajaan Jepun sendiri telah menyambut baik cadangan tersebut dan seterusnya mencadangkan supaya kampus cawangan Universiti Tsukuba ditubuhkan di Malaysia.

Bagi merealisasikan cadangan penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia itu, kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk memeterai suatu MoC antara Kerajaan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) dan Kementerian Luar Negeri Jepun.

image 4

Penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia bakal melakar sejarah tersendiri kerana ia adalah kampus cawangan universiti Jepun yang pertama ditubuhkan di luar negara berkenaan.

Jadi, MoC tersebut adalah sebagai asas persetujuan yang merangkumi objektif, ruang lingkup dan bentuk kerjasama, serta perincian komitmen kewangan oleh kedua-dua buah negara.

Pemilihan Malaysia sebagai lokasi penubuhan kampus cawangan universiti awam Jepun pertama di dunia merupakan satu pengiktirafan kepada pengurusan pendidikan tinggi negara dan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Jepun.

image 8

Selain itu, penubuhan kampus cawangan ini juga dilihat sebagai tanda penghargaan Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Jepun dan kesinambungan terhadap Dasar Pandang ke Timur yang sudah mencecah 40 tahun.

Penubuhan ini sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pelajar antarabangsa untuk datang dan melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Majlis menandatangani MoC ini telah berlangsung di Pullman Two Hotel Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2023 sekitar jam 2.15 petang.

 

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI