29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Kylian Mbappe Jadi Target Manchester United untuk Gantikan Cristiano Ronaldo

Manchester United mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe dengan tawaran 150 juta pound (812 juta pound) sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo di Old Trafford.

Dalam masa sama, United turut berminat mendapatkan ayam tambatan Totttenham, Harry Kane susulan temubual kontroversi dibuat Ronaldo bersama Piers Morgan.

Ronaldo mendakwa dikhianati dan terdapat usaha untuk menyingkirkannya dari pasukan itu, serta dia juga turut mendedahkan tidak lagi mempunyai rasa hormat terhadap penggendali Red Devils, Erik ten Hag. Susulan itu, kem United kini sedang giat mencari pengganti buat penyerang itu.

United antara kelab di Eropah yang mampu untuk membyar gaji Mbappe 500,000 pound (RM 2.6 juta) seminggu, gaji sama seperti Ronaldo, ditambah dengan bonus prestasi untuk menarik perhatian pemain muda itu berpindah ke England dalam usaha untuk mencari langkah baru dalam kariernya.

Kylian Mbappe Jadi Target Manchester United untuk Gantikan Cristiano Ronaldo

Selain itu, penyerang Napoli, Victor Osimhen dari Nigeria juga dalam radar United dan sasaran yang dirasakan realistik untuk dipancing pada Januari dengan nilai harga 60 juta pound (RM 322 juta).

Bagaimanapun Mbappe bakal menjadi pembelian idaman  United, namun ia bukan mudah kerana mereka bakal memerlukan belanja yang banyak.

Mbappe pernah dikaitkan untuk berpindah ke Real Madrid pada 2021, namun bertukar fikiran untuk kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) sehingga 2025 selepas menerima tawaran lebih lumayan dari kelab Perancis itu.

Kylian Mbappe Jadi Target Manchester United untuk Gantikan Cristiano Ronaldo

Tindakan Mbappe menimbulkan rasa tidak puas hati presiden Real Madrid, Florentino Perez dan tidak lagi berminat untuk mendapatkan pemain itu, sekali gus membuka ruang buat United untuk bersaing mendapatkan Mbappe.

Manchester City dan Liverpool tiada dalam persaingan untuk mendapatkan Mbappe memandangkan masing masing sudah pun berbelanja besar untuk mendapatkan Erling Haaland dan Darwin Nunez. – AGENSI

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI