25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Laa…Rupanya Gila Ke?” – Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Lepas Tak Mengaku Tumbuk Isteri

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini (13 Mac) — memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Hafidz, 29 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini, pada 2 Mac lalu.

LaaRupanya Gila Ke Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pukul 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

1678687296 156 LaaRupanya Gila Ke Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Prosiding pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala Hafidz diwakili peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sumber: Berita Harian

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI