23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Tak Risau Tulang

Laksa Ibu Paling Mudah Nak Buat, Tak Perlu Carik Isi Ikan. Rebus, Kisar Dan Terus Masak. Confirm Tak Ada TulangSebut sahaja laksa pasti teringat akan kesedapannya. Ia biasnya dihidangkan bersama kuah yang pekat, pedas, masam dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Penggunaan ikan yang segar juga memperngaruhi rasa kuah laksa itu sendiri.

Jika anda teringin nak makan laksa anda boleh buat sendiri. Lagi KAW rasanya. Dan tidak perlu risau kerana tidak akan ada bau hanyir.

Nak buat laksa yang KAW?

Anda boleh ikuti perkongsian resepi oleh Puan Ameera ini.

LAKSA BY IBU

Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir, bau wangi semerbak 2 kilometer.

Penyediaan 25 minit siap semua!

Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha? Jom follow step ibu.

laksa2

Ambil resipi ni buat niaga, Insyaallah ramai yang suka. Ibu halalkan. Jangan lupa tengok gambar last pelis

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus ikan kembung lemak. Selepas rebus boleh buang air rebusan.

laksa3

2. Tidak perlu asingkan isi ikan. Masukkan ikan ke dalam blender dan sedikit air.

 

laksa4

3. Kisar halus semua ikan yang telah direbus.

laksa5

4. Tapis ikan yang telah dikisar tadi menggunakan raga. Semua tulang akan terkumpul dalam raga jadi hanya isi yang akan dimasak.

laksa6

5. Jika isi tadi terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ketepikan.

laksa7

BAHAN UNTUK SAMBAL

Bahan untuk sambal. Jika sukakan pedas boleh tambah cili padi. Sukatan yang digunakan ini sesuai untuk tahap kepedasan anak-anak.

laksa8

6. Kisar semua bahan.

laksa9

7. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.

laksa10

8. Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam sambal tadi. (Asam keping buat sendiri ni).

laksa11

9. Masak sambal sampai menggelegak

laksa12

10. Kemudian terus masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam sambal.

laksa13

11. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.

laksa14

12. Kuah sudah masak bila mendidih.

laksa15

HASILNYA.. SEDAP UUOLS

lasa16

LICIN.. HEHE

laksa17

Selamat mencuba!

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI