26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Laku Keras! Ini Cara Buat Jejari Terung Rangup. Tak Sempat Sejuk Habis Licin Sepiring

Jejari Terung Rangup untuk anak-anak yang tak sukakan sayur. Rangup, sedap, ringkas tapi berkhasiat. Semua untuk sarapan, minum petang atau bekal anak ke sekolah.

Cara nak membuatnya pun sangat mudah. Guna 3 bahan sahaja. Macam mana? Jom ikuti perkogsian resepi Jejari Terung Rangup oleh Umi Watie ini. Biasanya tak sempat sejuk habis licin diserbu anak-anak.

RESEPI JEJARI TERUNG RANGUPSelamat pagi cinta, ecewah mood ada baik pagi ni. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam.

Pagi ni kakchik buat sarapan ringkas. Jejari Terung Rangup. Sedap wei, ada rasa macam Ayam pun ye tau.Sesuai sangat buat orang yang tak suka makan sayur. Memang tak terasa kesayurannya. Jom Cuba buat. #DapurMakRerama

Jejari Terung Rangup 8 696x928 1

BAHAN-BAHAN :TerungTepung goreng BestariAir sejukCARA-CARA MEMASAK :1. Sediakan satu bekas, potong memanjang terung. Lepas tu salutkan dengan tepung Bestari dengan sedikit air.

Jejari Terung Rangup 3 696x928 1

2. Celupkan dalam bekas tepung Bestari kering. Gaul-gaul manja je tau.

 

Jejari Terung Rangup 4 696x928 13. Lepas tu celupkan dalam air. Air tu guna air sejuk tau. Air kowei ke air peti sejuk ke. Janji sejuk.

Jejari Terung Rangup 5 696x522 1

4. Toskan, celup balik dalam tepung kering tadi. Tadaaaaaa. Nampak tak dia dah elok berkelopak gitu.

 

Jejari Terung Rangup 6 696x928 15. Gorengkan dalam minyak panas. Balik-balikkan biar dia masak sekata. Bila dah kekuningan angkat Dan toskan.

Jejari Terung Rangup 7 696x928 1

6. Sedia untuk dihidangkan.

Tak sempat sejuk oiii. Laku keras, cecahkan dengan sos cili. Fuhhhh tak cukup sepiring

Jejari Terung Rangup 2 696x928 2

Amacam? Terung lepas glow up. Kiranya macam snek sehat la kan. Biasa kalau nak makan sayur celup tepung gini kat Cameron Highlands je kan? Takpe, kita buat sendiri di rumah.

Jejari Terung Rangup 1 696x928 1

 

Selamat Mencuba!

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI