Merdeka tahun ini kelihatan lebih meriah dari tahun sebelumnya. Dengan kelonggaran Safety Operating Procedure (SOP), orang ramai berkumpul untuk meraikan 31 Ogos, hari yang sangat bersejarah buat rakyat Malaysia.
Untuk mengingati hari yang berperistiwa itu, perarakan Hari Kebangsaan telah dilangsungkan di Dataran Merdeka. Ada juga yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikannya.
Ingin melihat perarakan tersebut, orang ramai berebut-rebut bagi mendapatkan tempat dengan pemandangan yang paling bagus, menjadikannya sesak. Tak mahu susah, lelaki ini cuba cara lain untuk menyaksikan perarakan yang sedang berlangsung.
Gara-Gara Nak Tengok Perarakan Merdeka, Lelaki Ini Sanggup Panjat Pokok Sambil Layan Ayam Goreng McD
Menghadiri perarakan Hari Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Dataran Merdeka, _muhamad.01 berasa seronok dapat menikmati suasana Hari Merdeka sambil menyaksikan perarakan yang diadakan.
Namun, oleh kerana begitu ramai yang hadir, lelaki itu tidak dapat mendapat pemandangan yang begitu bagus oleh kerana dihalang dan perlu berebut-rebut.
Tak ingin terlepas, dia mencari lokasi yang sesuai dengan pemandangan yang bagus. Setelah dicari tanpa hasil, dia akhirnya memilih untuk memanjat sebatang pokok.
Tak perlu berhimpit dan tolak-menolak, lelaki itu dapat melihat perarakan tersebut dengan tenang dan tanpa gangguan. Malah, dia sempat juga menikmati ayam goreng McD yang telah dibeli.
Suasana perarakan tersebut bersama ayam goreng itu menjadikan Hari Merdeka tahun ini lebih bermakna buat dirinya.
@_muhamad.01 Janji dpt view lawa😂😂 #fyp #merdeka #31ogos2022 ♬ original sound – 🎥
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa terhibur dengan gelagat lelaki itu. Ini kerana video dia memanjat pokok semata-mata untuk menyaksikan perarakan tersebut sedang tular di TikTok. Ramai yang tercari identitinya, baru tahu dialah lelaki itu.
Panjat Pokok Viral Di TikTok, Dah Tahu Dia Rupanya..
Bagus juga abang ini. Tak mahu berebut, dia pilih untuk tempat lain yang lebih tenang dan tak ramai orang. Biarlah tengok perarakan Merdeka dari atas pokok pun, yang penting dapat menyaksikannya bersama ayam goreng McD. Memang syok!
Kredit: _muhamad.01
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.