27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

Lihat Singa Dari Dekat, Rasai Pengalaman Safari Lestari Di Afrika!


Sedar tidak sedar, sedang kita beralih ke fasa endemik, keinginan untuk mengembara jauh lebih ‘kuat’ daripada sebelumnya.

Sudah tiba masanya anda menjejak kaki ke bumi Afrika! Terdapat pelbagai tarikan menarik di benua yang satu ini yang sedang menanti kehadiran anda.

Percayalah, dua tarikan pelancongan lestari ini tidak akan dapat dirasai di mana-mana belahan dunia yang lain, hanya di Afrika anda boleh menikmatinya, seperti di bawah:

Kembara Safari Foto 1 Safari Lestari

Syarikat kembara mewah, &Beyond meraikan ulangtahun ke-30nya dengan melancarkan kembara safari yang direka untuk pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar dan alam sekitar.

Dipimpin oleh pakar pemuliharaan profesional, pakej pelancongan ini diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik pelancong tentang peranan pelancongan lestari yang mampan. 

Itinerari kembara termasuklah peluang menyelam dan menyaksikan fenomena marin yang menakjubkan iaitu ‘The Sardine Run’ di Afrika Selatan, berpeluang untuk menyaksikan gerombolan Singa di Rwanda sehinggalah menyaksikan keindahan Okavango Delta di Botswana.

Foto 2 Safari LestariFoto 3Safari LestariFoto 4 Safari LestariGrumeti Serengeti River LodgeFoto 5 Safari Lestari

Terletak di koridor barat Tanzania, Grumeti Serengeti Tented Camp sedang menjalani pembinaan semula sebagai Grumeti Serengeti River Lodge.

Dengan hiasan dalaman oleh Fox Browne Creative dan seni bina direka oleh arkitek terkenal, Jack Alexander, ia akan mengekalkan struktur sedia ada namun menakrifkan semula binaan khemah mesra alam yang menggunakan 80% tenaga boleh guna semula.

Mencipta semula khemah tradisional Tanzania, pusat peranginan terbaharu ini menawarkan pengalaman penginapan yang lebih mewah dan kontemporari, namun masih mengekalkan sifat desa dengan sentuhan aslinya.

Nikmati pengalaman melihat hidupan liar di sepanjang sungai dan rasai sendiri budaya penduduk tempatan di kawasan terpencil Serengeti ini. –  Cendolpulut, 30 Jun 2022

Foto 6 Safari LestariFoto 7 Safari LestariFoto 8Safari Lestari

Gambar: &Beyond

 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI