26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Lucu sangat!” – Tindakan Abang Menarik Adiknya Kerana Takut Dimakan Kuda Undang Tawa Orang Ramai

Anak sulung adalah anak yang dididik sebagai pemimpin agar menjadi teladan bagi adik-adiknya. Sikap dan semangat kepimpinan anak sulung muncul kerana rasa tanggungjawab yang wujud dalam dirinya. Tidak kira anak sulung itu perempuan atau lelaki, mereka juga sangat mengambil berat dan prihatin akan sesuatu yang berlaku dalam keluarga. Mereka juga mempunyai sifat penyayang dan kadang-kadang tidak terduga. Contoh yang dapat dilihat ialah kisah seorang abang menarik adiknya kerana takut dimakan kuda.

Menerusi video yang meraih perhatian orang ramai di TikTok ini, kelihatan dua orang adik-beradik berada di kandang kuda.

220818 innoncentchildren 01 581x1024 1

220818 innoncentchildren 02 578x1024 1

220901 innocent children 3

Rupa-rupanya si abang takut adiknya dimakan kuda itu. Dia bukan sahaja cuba menjauhkan adiknya daripada kuda itu malah dia turut menangis kerana begitu bimbang jika kuda berkenaan menerkam adik comelnya itu.

Namun, apabila si adik mendekati kuda tersebut, tiba-tiba si abang menarik adiknya menjauhi kuda yang berada di belakang pagar tersebut.

220901 innocent children 1

Netizen yang menonton video tersebut juga merasakan tindakan si abang agak melucukan kerana sampai terseret adik dibuatnya. Namun, mereka kagum kerana kecil-kecil lagi si abang sudah menunjukkan sikap penyayang terhadap adiknya. Dia seolah-olah tidak mahu adiknya dicedarakan biarpun kuda tersebut berada di belakang pagar.

Kejadian itu memang diluar jangkaan dan mengundang tawa si ayah.

Adakah kuda haiwan yang boleh mencederakan? Mari lihat fakta menarik mengenai kuda.

Kuda adalah haiwan herbivor yang makan mulai buah-buahan hingga rumput.
Kuda boleh tidur sambil berdiri kerana ia mempunyai sistem tendon dan ligamen yang membolehkannya ‘mengunci’ kakinya dalam posisi tetap sambil berehat dan tidak jatuh. Melainkan ia terlalu penat, ia akan baring di atas tanah.
Kuda biasa hidup lebih dari 30 tahun. Namun ia bergantung kepada cara pemakanan, pemantauan kesihatan dan faktor sekeliling.

220818 innoncentchildren 03 1024x683 1

Kuda tidak boleh bersendawa, muntah atau bernafas melalui mulut seperti yang dilakukan manusia. Sistem pencernaan kuda adalah ‘jalan sehala’, tidak seperti lembu yang boleh mengunyah semula makanan.

Kuda mempunyai 10 otot yang berbeza di telinganya. Ini membolehkan kuda berpusing hampir 180 darjah dan bergerak secara bebas antara satu sama lain. Manakala manusia pula mempunyai tiga otot di telinga mereka.

Kuda adalah haiwan kawanan yang memerlukan teman untuk terus hidup baik kuda liar atau kuda domestik. Kuda sukar menjalani kehidupan bersendirian.

Kuda adalah haiwan yang bijak yang boleh dilatih seperti anjing. Terdapat kajian yang menunjukkan kuda mampu memberitahu penjaganya tentang keperluan dirinya.
Umur kuda boleh dijangka dengan melihat bilangan giginya. Tetapi ada juga kuda yang umurnya lebih panjang daripada bilangan giginya.

Kuda boleh bertindak sepantas kilat. Daripada pegun berdiri, kuda mampu melakukan tendangan kuat dalam hanya 0.3 saat, manakala masa tindak balas manusia pula ialah 1.6 saat.

Sumber: mimbarraudhah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI