28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

“Luluh hati lihat 3 anak bergelimpangan dalam air” -Bapa mangsa renjatan elektik

Berita pemergian 3 beradik yang terkena renjatan elektrik semalam di Kampung Bendang Surau Morak, Tumpat sememangnya menghadirkan rasa sedih dalam diri sebahagian besar rakyat Malaysia.

Difahamkan, jenazah mereka telahpun diuruskan dan disemadikan dalam satu liang pada malam tadi.

Menerusi perkongsian dari Faizul Rohban, dapat dilihat bapa kepada tiga beradik itu mencium dan turun ke dalam liang untuk menguruskan jenazah ketiga-tiga anak gadisnya.

Tak hanya itu, Faizul turut berkongsi video cerita daripada salah seorang saksi kejadian yang melihat mangsa bertiga berjalan ke hadapan kawasan rumah untuk melihat tali air.

Namun, salah seorang daripada mereka telah memegang tiang rumah jiran dan terkena kejutan elektrik sebelum seorang lagi menghampiri dan rebah. Tanpa disangka, kakak mereka yang berjalan di hadapan telah berpatah balik untuk memberikan bantuan sebelum turut sama direnjat.

Dalam pada itu, menerusi Berita Harian, bapa kepada tiga beradik berkenaan, Mohd Nadzir Mohamad, 67 dilihat gagal menahan sebak mengenangkan nasib menimpa anak-anaknya.

Walaupun reda dengan pemergian tiga anaknya iaitu Nurul Syazwani, 33; Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, dia sangat terkesan dengan kehilangan mereka secara tiba-tiba sehingga air mata tidak henti-henti mengalir mengenangkan apa yang berlaku.

“Luluh hati saya melihat tiga anak bergelimpangan dalam air, sedangkan dalam hati berkobar-kobar untuk menerpa ke arah mereka.
“Sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga. Naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini, namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda,” katanya.

Jenazah 3 beradik itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak jam 11.45 malam tadi.

Mohd Nadzir dalam pada itu mengakui imej tiga anaknya yang terbaring dalam air masih terbayang di matanya dan dia tidak pasti sama ada mampu atau tidak untuk melupakan detik itu.

 

Sumber: Facebook Faizul Rohban, Berita Harian (Siti Rohana Idris)

 

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI