26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Lupa diri? Jual tudung sehingga bergelar jutawan, aktres popular disaman rakan niaga

Seorang aktres popular dilaporkan bakal berdepan tindakan saman selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian berhubung perniagaan tudung yang diusahakan bersama rakan niaga.

Menurut sumber daripada laporan BOOM!, individu tersebut mendakwa aktres itu seolah-olah bersikap tidak profesional dalam menguruskan perniagaan yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu.

Gambar sekadar hiasan

Dia mendakwa, sikap aktres tersohor itu mula berubah selepas jenama mereka mendapat sambutan luar biasa sehingga meriah keuntungan mencecah jutaan ringgit dalam masa yang singkat.

Tidak mahu isu berlarutan sebagai rakan niaga, dia cuba mencari jalan penyelesaian dengan menghubungi aktres tersebut supaya dapat bertemu tetapi usahanya gagal.

458948550

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, rakan niaga itu sudah memberikan tempoh lima bulan bagi mengadakan pertemuan tetapi masih tidak diambil kisah oleh aktres berkenaan.

Bukan itu saja, hasil perbincangan dengan abang kepada aktres terbabit juga menemui jalan buntu bahkan mereka adik-beradik didakwa cuba menipu soal pembahagian keuntungan.

Level Up Business Growth 1

Gambar sekadar hiasan

Lebih mengecewakan apabila kejayaan penjualan tudung dalam tempoh singkat itu tidak mendatangkan keuntungan kepadanya. Jadi, agak-agak siapa gerangan pelakon wanita terkenal yang dimaksudkan itu?

Sumber: BOOM! (Cik Lesung)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI