Nak rasa macam balik kampung bila ke Pulau Pinang, boleh singgah di Laman Tok Mah yang menyajikan aneka menu klasik dan moden dengan vibes macam berada di kampung halaman sendiri.Merupakan rumah pusaka yang di tukar menjadi café ini mula beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan hanya dibuka pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad sahaja.
Bagi mengekalkan suasana nostalgia di kampung, kerusi rotan dan juga koleksi pinggan mangkuk lama dijadikan dekorasi dan juga kelengkapan di sini.Tidak hanya sekadar menu dan dekorasi sahaja, malah pengunjung juga berpeluang menikmati cara hidup kampung seperti mencuci kasi dengan air dalam tempayan sebelum naik ke rumah, berbasikal di laman rumah, bermain permainan tradisional seperti congkak dan banyak lagi.Menu Klasik & Moden Di Laman Tok MahAntara menu yang anda boleh dapat di sini antaranya adalah:Coffee terpaling laku keras…..Iced Salted Caramel MacchiatoIced French Vanilla LatteDisamping menu FOOD VENDOR = READY TO EAT FOOD
Traditional Malay taste :Ubi kayu rebuih cicah nyokTapai pulutKetupat rendang setSerabai kuah manisPeknga nyok cicah sambai ikan bilisPopia goreng sambai ketagehRoti jala & Kuih Abok Abok“FOOD VENDOR @Laman Tok Mah”Western taste:Beef lasagnaTortilla wrapLoaded chic popcorn with mashed potatoKorean taste :Ramen meatballAssorted muffin – Choc, Vanilla & BlueberryMini carrot cakeChololate BananaBrownies
Waktu Operasi:BUKA SABTU AHAD SAHAJA3 ptg – 8 mlmAlamat: Laman Tok Mah , Kg Pokok Tampang, Tasek Gelugor (Boleh follow Google Maps)Kredit : Facebook Laman Tok Mah
Sumber: www.libur.com.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.