24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Macam Layanan Macam 5 Bintang..”, Gadis Cina Sedang Makan Lemang Di Warung, Tiba-Tiba Lelaki Melayu..

Di Malaysia, kedai makan merupakan antara tempat yang menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia. Lihat sahaja di Kedai Mamak misalnya. Kita boleh lihat pelanggan yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India duduk semeja menikmati roti canai dan teh tarik panas. Sambil menikmati hidangan, ada ikatan hubungan yang murni dapat dilihat.

“Layanan Macam 5 Bintang..”, Gadis Cina Sedang Makan Lemang Di Warung, Tiba-Tiba Lelaki Melayu..

gadis cina sedang makan lemanggadis cina sedang makan lemang

Seperti satu video yang dikongsi oleh seorang gadis Cina ketika dia berkunjung ke kedai makan Lemang To’ki, seorang lelaki Melayu mengejutkannya. Ini apabila lelaki Melayu berkenaan menyanyikan lagu Cina daripada penyanyi Jam Hsiao kepadanya sambil dia menikmati Lemang.

“Sedang menikmati lemang, tiba-tiba, seorang penyanyi lelaki Melayu mula menyanyikan lagu dalam bahasa Cina. Tak sangka suaranya sangat merdu dan dapat pengalaman macam ni masa menikmati lemang dan rendang.

“Kepetahan bahasanya lagi baik dari saya. Dengar sahaja vibrato yang dilantukan itu. Dia cakap dia nyanyi lagu Cina sebab saya satu-satunya pelanggan yang ada dekat situ. Lelaki tu jadikan pengalaman saya macam layanan 5 bintang,” kata gadis Cina yang memberi nama butterandbuns pada TikToknya.

“Kepetahan Bahasa Cina Lelaki Melayu Itu Lebih Baik Dari Saya”

gadis cina sedang makan lemang

Melalui video perkongsian itu, gadis Cina terbabit betul-betul menikmati nyanyian merdu berkenaan dan begitu terpukau dengan kebolehan lelaki Melayu itu.

@butterandbunsAnd covering a Jam Hsiao song?? Come on gotta promote him here ✨♬ super freaky girl x luxurious – xxtristanxo

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang turut memuji kepetahan lelaki Melayu berkenaan bertutur dalam bahasa Cina. Dalam perkembangan sama, netizen berjaya mengorek identiti lelaki Melayu berkenaan dan ternyata lelaki itu ialah Jaswan Abdullah.

“Wow bestnya suara dia. Chienese dia lagi tepat dari aku lagi. Siapa yang kenal abang ni? Tolong famouskan dia,” kata netizen bernama Patricia.

“Gadis Cina makanan lemang sambil dengan lelaki Melayu nyanyikan lagu dalam bahasa Cina. Ini memang Malaysia sangat,” kata netizen lain memberi reaksi kepada video gadis Cina sedang makan lemang berkenaan.

Momen Ini Malaysia Sangat!gadis cina sedang makan lemang

Dalam perkongsian kisah ini, terbukti bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sememangnya suka akan perdamaian. Hanya pihak yang tertentu mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersatu padu atas faktor kepentingan politik, misalnya.

Semoga kita terus aman damai dan sejahtera sampai bila-bila.

Sumber: butterandbuns

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI