Belum reda dengan isu seorang wanita melakukan aktiviti ekstrim flying fox dengan membawa anak kecil, muncul lagi sebuah video yang membangkitkan kemarahan ramai.
Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Siti Julaiha, dilihat dua orang kanak-kanak masih kecil sedang melakukan aktiviti ekstrem tersebut tanpa ditemani oleh orang dewasa bersama.
Difahamkan video asal berkenaan yang dimuat naik di laman TikTok @rentas_adventures telah dipadam.
Apa yang dikesalnya lagi, golongan dewasa yang bertugas dan menjaga aktiviti tersebut boleh gelak ketawa sedangkan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain flying fox. Menurutnya gelak tawa itu seakan-akan tiada rasa simpati terutama keselamatan si kecil berkenaan.
“Diaorang kat situ boleh gelak happy. Entahlah, aku je ke rasa kesian dengan budak-budak ni,”tulisnya.
Selain itu, rata-rata netizen meluahkan kekecewaan dan kemarahan apabila melihat kanak-kanak berkenaan bermain flying fox tanpa pengawasan ibu bapa. Walaupun kanak-kanak lelaki memakai peralatan keselamatan, namun tidak bagi seorang lagi kanak-kanak perempuan.
Netizen mengatakan tindakan tersebut jelah menunjukkan golongan dewasa terutama ibu bapa kanak-kanak berkenaan seakan tidak mempunyai akal fikiran.
Terdahulu, pihak penganjur pernah menjelaskan situasi sebenar dan merasakan aktiviti tersebut biasa sahaja dilakukan serta segala ciri keselamatan juga diterapkan kepada pengunjung.
Apa-apa pun, semuanya terletak kepada kepercayaan dan keberanian masing-masing dalam mencuba aktiviti lasak sebegini.
Sumber: Facebook Siti Julaiha
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.