31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Mahu hamil lagi, Emma Maembong tunggu rezeki – “Di rumah, hanya kami bertiga”

Pelakon Emma Maembong mengakui dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Menurut laporan BH Online, pelakon berusia 30 tahun itu berkata, bagaimanapun soal zuriat adalah perkara sensitif dan memilih berhati-hati untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Setakat ini, saya tidak mahu cakap apa-apa sebab saya dan suami masih mencuba.
“Kalau saya kata ada (hamil) tetapi apa yang terjadi sebaliknya, saya akan sakit. Sama juga kalau saya kata tiada (tidak hamil), kemudian, tiba-tiba ada, saya gembira.
“Hal zuriat ini sensitif. Terkadang tidak semua orang akan gembira apabila tengok kita gembira. Tapi saya mengaku mengharap sangat (dikurniakan anak kedua),” katanya.

Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu berkata, dia dan suami berhasrat bagi memiliki anak ramai agar dapat merasai kemeriahan berkeluarga.

“Saya dan suami mempunyai keluarga besar. Tetapi apabila di rumah, hanya kami bertiga, rasanya agak sunyi.
“Mungkin keadaan huru-hara itu yang kami mahukan. Kalau ikutkan, memang kami mahukan anak lagi. Kalau ada rezeki itu adalah.
“Saya sudah mencuba sejak selepas pantang anak pertama. Doa yang baik-baik sahaja untuk saya,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Sumber: BH Online (Affan Rostam) , Instagram Emma Maembong



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI