28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Mahu nampak segar, Safiey Illias tukar nama ke Nurwanita Betyna

Usahawan kontroversi, Safiey Illias kembali dengan semangat baharu apabila menjenamakan semula dirinya setelah mengharungi beberapa cabaran untuk terus bangkit meneruskan kehidupan.

Sehingga ke hari ini, sudah seminggu Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias menggunakan Nurwanita Betyna sehinggakan dia turut membuat akaun baharu ‘nafas baharu’ di laman sosial TikTok dan Instagram.

“Nama baru saya Nurwanita. Selepas ini panggil  saya Nurwanita tau! Sedap tak nama ni dengan saya?”tanya soal.

Dalam pada itu, usahawan berusia 28 tahun menjelaskan kehilangannya selama ini disebabkan sedang melalui fasa bertenang, bukannya gagal dalam perniagaan seperti dakwaan ramai pihak.

Tambahnya, dia kini dalam proses melakukan penjenamaan semula untuk tampil dengan konsep baharu menjelang tahun 2023 selain berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan perniagaan.

“Doakan saya boleh bangkit dalam bisnes dan buat yan terbait! Saya tak kuat, tapi saya akan teruskan juga. Semuanya saya bermula daripada bawah,”katanya.

@nurwanita94

Nama baru sye Nurwanita . Lepasni panggil saya Nurwanita tau! Sedap x nama ni dgn sye ?? Doakan saya boleh bangkit balik dalam bisnes dan buat yg terbaik ! Saya x kuat , tp saya akan teruskan juga . Semuanya saya bermula drpd bawah . #safieyilias #syintagila #perlaking #aurorasx #glasskinz #positivevibes #safiey #safieyillias94 #safieyilias #safieyillias #safieyilias94 #nurwanita

♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧 – 🎧Suke Dhana🎧

Sementara itu, usahawan yang juga seorang pelatun lagu berjudul Syinta Gila menjelaskan yang dia kini mahu fokus kepada diri sendiri dan perniagaan.

“Sekarang nak fokus kepada bisnes saya sahaja. Cinta-cinta ini kita letak tepi sebab mood bipolar tengah fasa manic.. So segala benda, kita tolak ke tepi,”ceritanya.

Screenshot 2022 12 21 at 10.25.52 PM

Safiey berkata, dia mahu elakkan diri daripada bercinta kerana tidak mahu menyakiti perasaan orang lain sebaik sahaj memikirkan soal kesihatannya kini.

Sumber: TikTok @nurwanita94, Gempak (Izwan Isa)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI