Sudah hampir dua minggu mendirikan rumah tangga, nampaknya pasangan pengantin baru, Da’i Syed dan juga personaliti TV Alhijrah, Hana Ismail terus menjadi perhatian netizen di media sosial gara-gara sering berkongsi momen romantik mereka sebagai pasangan suami isteri.
Malah, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menyorok di belakang pintu rumah untuk memberi kejutan kepada isterinya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Jangan lah karate saya sayang 🌝
♬ suara asli – gabut woi – gabut woi
Dalam video terbabit, pendakwah bebas yang berusia 27 tahun itu menunggu kepulangan isterinya di sebalik pintu dan tindakannya telah membuatkan Hana terkejut dan nyaris ‘karate’ Da’i Syed.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu mereka apabila melihat gurauan antara pasangan selebriti tersebut yang begitu romantik.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen menyimpan hasrat untuk berkahwin selepas melihat kemanisan dan kebahagiaan yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut setelah sah menjadi suami isteri.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar Da’i Syed dan Hana Ismail sentiasa bahagia selalu dan berharap hubungan mereka kekal hingga ke Jannah.
Sekadar info, Da’i Syed dan Hana Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur dengan mas kahwinnya seutas gelang emas.
Sumber: TikTok @daisyed_
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.