25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Majikan Malaysia paling kedekut bayar gaji di Asia Tenggara


AVvXsEgBGsn8IQCJv QaK WeX Omz7UnXt JhNENiynd13uYc3vV8qB546ZCm9CePHL3p0siXosjoW9KDTLFfBLAJohYpf9J3PYZZqQoXYtCHjxARvh4 MjsHS9vySQ36tazfBzZmbxuj E089FpGyhMjLLBVIdY6fBuSc02SSQ cjRTsn5 yn nIjnzFwQPrQ=w640 h480

Utusan melaporkan Majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelan­jakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.

Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berban­ding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.

Namun, perbezaan peratusan yang ketara itu perlu mengambil kira populasi negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor ber­pandangan, peratusan bayaran yang begitu rendah itu tidak masuk akal kerana rata-rata ma­­­ji­kan berkemam­puan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

Malah, katanya, kerajaan sudah membantu majikan dalam pelbagai bentuk bantuan bagi meraih semula pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan Covid-19. Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion ringgit.

“Majikan sepatutnya menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan memberikan masyarakat kuasa berhutang. Apabila bayar gaji rendah, ini membuka ruang untuk berhutang, pekerja terpaksa buang masa kerja lebih masa.

“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya, Malaysia sudah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pendirian Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi yang membantah dan tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minimum RM1,500 berdasarkan pelbagai faktor.

Ini selepas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memberi jaminan bahawa gaji minimum baharu akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Pada masa sama, Abdul Halim juga menempelak kenyataan MEF bahawa kenaikan gaji minimum hanya akan menguntungkan pekerja asing.

“Pekerja asing untung kerana majikan hanya mementingkan pekerja asing bukan gaji pekerja tempatan yang diberhentikan. Kenapa pekerja tempatan tidak mahu mengambil pekerjaan tertentu?

“Kerana gaji rendah, kalau majikan ambil pekerja asing lebih murah. Pekerja asing pun tidak perlu dibayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran untuk kerja lebih masa,” katanya.

Sebaliknya, katanya, ketika gaji minimum mula diperkenalkan pada paras RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM800 lagi bagi Sabah dan Sarawak, ekonomi negara menjadi semakin rancak ketika itu.

“Kebanyakan syarikat tidak tutup pada masa itu, malahan lebih banyak syarikat ditubuhkan, pelaburan asing juga banyak masuk ke dalam negara. Jadi, kerajaan perlu tegas dengan keperluan rakyat. Rakyat sudah banyak berkorban…mengeluarkan duit KWSP, majikan perlu prihatin.

“Pekerja adalah aset, tulang belakang negara. Jika kebajikan tenaga kerja diutamakan, pastinya majikan akan mendapat pulangan lebih baik. Orang sekarang mencari kerja yang ada prospek dan ada inovasi. Kenaikan gaji minimum ini bukan permintaan, ia satu keperluan. Kita pun bukan minta langit, bukan nak rugikan majikan…kita hanya minta sedikit, itu sahaja,” katanya. 



Sumber: www.watpetu.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI