26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Mak, Adik Nak Lagi Boleh?” – Dengar Nama Mesti Korang Rasa Pelik, Ini Resepi Cendawan Gunting Melenting Goreng Yang Crunchy & Sedap

Bila anak-anak pesan nak makan, mesti kita yang mak-mak ni rasa semangat berkobar-kobar untuk memasak untuk mereka.

Mak-mak ni, bila pesan mesti mula-mula cakap tak nak buat. Tapi bila kita bangun tidur sahaja, mesti makanan tersebut sudah terhidang di atas meja. Ini adalah salah satu menu yang sedap iaitu Cendawan Gunting Melenting Goreng.

“Mak, Adik Nak Lagi Boleh?” – Dengar Nama Mesti Korang Rasa Pelik, Ini Resepi Cendawan Gunting Melenting Goreng Yang Crunchy & Sedap

Resepi ini dikongsikan di Facebook FuZza Nisa dan mendapat share yang banyak daripada netizen kerana jarang cendawan ini digoreng menggunakan tepung.

Cendawan Gunting Melenting Goreng

Bahan-Bahan:5 sudu besar tepung gandum5 sudu besar tepung berasSerbuk KunyitGaramSerbuk ciliSerbuk Lada hitamSerbuk ketumbarSerbuk jintan manisPati ayam (optional)AirCara Penyediaanya:Cuci dan toskan cendawan. Lebih bagus selepas itu lap pakai tisu, sebab kita nak cendawan itu kering.Bancuh adunan tepung dengan campur semua bahan diatas. Jangan terlampau cair.Celup cendawan dalam tepung.Goreng dalam minyak yang panas.Lepas dah goreng jangan lupa gunting cendawan tu ya. Masa gunting tu nanti cendawan melenting-lenting, barulah namanya cendawan gunting melenting

Cendawan Gunting Melenting Goreng

Diharap perkongsian resepi ini, dapat mengurangkan pemikiran anda untuk tidak tahu masak apa untuk anak-anak.

Selamat Mencuba!

Kredit: FuZza Nisa

Baca Juga: Resepi Cendawan Enoki Salted Egg Rangup, Sedap Kongsi Dengan Anak-Anak Untuk Minum Petang

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI